10 Balas 0, Harimau Malaya Hebat! Sep04

Kongsi

10 Balas 0, Harimau Malaya Hebat!

10-0? Satu kekalahan yang sangat memalukan buat negara. Kalau setakat 3 atau 4 gol itu kekalahan biasa bagi Malaysia yang hampir sepanjang masa kalah kini. Malam tadi, Malaysia tewas 10 berbalas 0 pada Emeriah Arah Bersatu (UAE) pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019. Perlawanan diadakan di Abu Dhabi. Sebelum ini, Harimau Malaya tumpas 0-6 kepada negara Palestin yang tidak pernah aman dengan peperangan.

Bola Sepak Malaysia vs UAE

Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah Dollah Salleh patut dikekalkan? Adakah FAM? Bagi saya, FAM memang dah patut dibubarkan sejak dahulu. Adakah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin patut ditukar? Bagi saya, prestasi Menteri Belia dan Sukan agak hambar dalam bidang sukan. Banyak sukan dilihat merosot daripada meningkat. Ranking bola sepak negara terus merosot. Terakhir di tangga 169 dan mungkin jatuh lagi dengan kekalahan ini. Menteri Belia dan Sukan kini hanya Menteri Popular? Bergambar di sana sini? Kalau kata, KJ tidak boleh campur tangan dalam FAM, mungkin boleh tukar nama Kementerian Belia dan Sukan tanpa Bola Sepak.

FAM

Bak kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, “Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul”.

NASC 2015

Ranking FIFA
http://www.fifa.com/fifa-world-ranking/associations/association=mas/men/index.html

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini