13 Sebab Kenapa Deadlift? Nov02

Kongsi

13 Sebab Kenapa Deadlift?

“Kenapa Deadlift?”

Persoalan yang sangat menarik, berikutan saya sendiri pun minat deadlift. Ada pelbagai jawapan dan dakyah tersebar mengenai deadlift. Antaranya seperti;

Deadlift boleh menyebabkan tangan panjang (serius ini kelakar!);
Deadlift boleh menyebabkan sipilis (nak kata slip disc, tapi keluar sipilis. Pengaruh ilmu “orang kata”);
Deadlift boleh menyebabkan pendek (mungkin disebabkan ada orang pendek deadlift di gim);
Deadlift boleh menyebabkan kemaluan mati atau tak naik (untuk lelaki);
Deadlift untuk naik pentas (isu baru di group Bina Badan Malaysia di facebook);
• Pelbagai lagi mitos serta dakyah tersebar mengenai angkat lift sambil mati ini.

Bahaya ke deadlift

Kenapa deadlift?

1. Deadlift menyasarkan otot eretor spinae sebagai otot pertama, manakala stiff leg deadlift menyasarkan otot hamstring sebagai otot pertama. Erector spinae adalah salah 1 otot teres yang penting sebagai penyokong dalam majoriti senaman dan pergerakan.

2. Deadlift merupakan antara senaman terbaik samada untuk bakar lemak, bina kekuatan dan sebagainya. Ia bakar kalori yang sangat tinggi jika diangkat berat. Ia melibatkan juga otot yang paling lebar di badan manusia iaitu lattisimus dorsi.

3. Sukar nak tipu angkatan apabila buat deadlift jika dibandingkan dengan senaman seperti squat. Ramai yang buat squat separuh, malahan ada yang buat 1/10 squat, turun 1 inci. Manakala deadlift tetap kena angkat daripada bawah melainkan buat peninggian dalam angkatan.

4. Deadlift senaman yang baik untuk memperbaik larian dan lompatan. Akan tetapi deadlift tersebut perlu dilakukan dengan laju dan bukan deadlift perlahan seperti yang digunakan untuk bina otot. Jika anda mengunakan tempo perlahan, anda akan lompat perlahan. Percayalah.

5. Banyak otot terlibat dalam pergerakan deadlift termasuk otot-otot teres, bahagian pinggang, trunk, rectus abdominis, oblique, paraspinal, hamstring, upper back dan sebagainya. Ia adalah senaman kompaun.

6. Deadlift memperbaik koordinasi di pinggul dan lutut. Ia membantu mengurangkan risiko kecederaan seperti koyak ligamen ACl dan sebagainya.

NASC 2015

7. Deadlift memperbaik keseimbangan badan dan meningkatkan kualiti hidup. Ia semakin berguna apabila meningkat usia. Bukannya semakin meningkat usia semakin ditinggalkan dengan alasan, “pinggang nak pakai lama”.

8. Deadlift membantu meningkatkan testosteron badan. Testosteron adalah hormon yang diperlukan untuk membina otot. Testosteron meningkat apabila 1 ulangan maksima meningkat. Deadlift juga meningkatkan hormon tumbesaran.

9. Deadlift memberi ruang untuk orang pendek berlagak kuat dengan orang tinggi. Orang pendek, jarak pergerakannya kurang berbanding yang tinggi. Jadi kebiasaannya, kekuatan mereka lebih cepat meningkatkan daripada orang tinggi.

10. Wanita senang melahirkan anak apabila boleh mengawal tekanan intra abdominal apabila buat deadlift dalam trimester ketiga. Mereka yang bersenam mempunyai dinding pelvic yang lebih kuat.

11. Deadlift membantu mendapatkan trap yang tinggi seperti unta.

12. Paling penting, deadlift adalah cara tunjuk kuat. Perempuan suka tengok lelaki kuat.

13. Pergilah deadlift. Kenapa masih membaca?

Lihat cara deadlift di entri
Deadlift

Rujukan
http://www.poliquingroup.com/Tips/tabid/130/EntryId/2256/Five-Reasons-Everyone-Should-Deadlift.aspx

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini