2 Makanan Pengganti Nasi

Aiman Radzi - 2 Makanan Pengganti Nasi

Nasi bukanlah jahat dalam dunia kecergasan. Mereka yang nak kurus sering salahkan nasi kerana menggemukkan mereka! Kasihan nasi, mereka tidak bersalah, sebenarnya. Orang yang tidak dapat mengawal nafsu makan, nasi pula dipersalahkan.

Setuju, nasi memang berkarbohidrat tinggi. Dan, ia juga agak ketagih apabila dimakan. Tetapi, semua itu hanyalah atas diri kita. Jika kita kuat, maka tiada masalah sebenarnya. Cuma, kalau anda mencari pengganti nasi (mungkin anda memang perlu jauhkan diri dengan nasi), saya kongsikan dua jenis makanan yang sesuai untuk dimakan sebagai gantian!

Kursus Kecergasan 2024

Quinoa

Ramai hanya mengambil oat sebagai ganti kepada nasi. Quinoa adalah sejenis biji benih dan bukannya bijirin (seperti nasi dan seangkatan dengannya). Bukan itu sahaja, quinoa turut mempunyai profil asid amino penting yang lengkap (9 jenis asid amino penting).

Quinoa

Quinoa disyorkan oleh ramai doktor, salah seorangnya adalah Dr. John Berardi (rujuk entri Porsi Makanan Ikut Tapak Tangan) yang merupakan pakar dalam bidang pemakanan. Ramai juga yang menganggap quinoa sebagai “penghulu bijirin”, meskipun quinoa bukanlah sejenis bijirin. Mungkin sebab ia sering digantikan dengan nasi?

Buckwheat

Jangan takut dengan karbohidrat kalau nak kurus. Anda perlukan karbohidrat! Saya tidak mencadangkan sebarang trend pemakanan (diet) yang menolak secara langsung karbohidrat daripada pemakanan seharian anda. Dan, peringatan juga, karbohidrat bukanlah bermaksud nasi semata-mata.

Buckwheat

Buckwheat adalah sumber karbohidrat yang sangat baik dan indeks glisemiknya juga rendah! Bagi mereka yang takut dengan nasi, buckwheat boleh jadi peneman baru. Seperti quinoa, buckwheat juga bukanlah bijirin tetapi adalah sejenis biji benih. Dipercayai, buckwheat adalah lebih baik dalam menjaga kesihatan jantung dan merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

Untuk pengetahuan anda, buckwheat tidak mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Jadi, dalam proses penanaman dan pertumbuhannya, bahan kimia yang digunakan adalah berada dalam paras minimum (atau mungkin tidak digunakan langsung). Kandungan nutrisinya juga agak lengkap dengan profil asid amino yang mantap seperti quinoa.

Rujukan:

  1. Chris Shugart, 8 More Power Foods, T-Nation
  2. Chris Shugart, 12 Overlooked Foods You Should Be Eating, T-Nation
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: