Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Bina Badan Dunia, Men World Bodybuilding Championship untuk kali ke 3 pada 9 hingga 14 November 2011 di Century Mahkota Hotel, Melaka.
Ini merupakan kali ke 3 Malaysia menjadi tuan rumah, seblum ini tahun 1990 dan 2000 dibawah International Federation Bodybuilding (IFBB) dan kini di anjurkan bawah World Bodybuilding & Physique Sports Federation (WBPF).
Malaysia mungkin menghantar seramai 18 atlet termasuk Sazali Samad, Wong Hong, Md Noor Syukri, Terry Gallyot dan ramai lagi.
Tentatif
11 November 2011 – Pra Pengadilan untuk kategori 55kg, 65kg, 75kg, 85kg, 100kg 12 November 2011 – Pra Pengadilan untuk kategori 60kg, 70kg, 80kg, 90kg, lebih 100kg dan Pusingan Akhir
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.
masuk nnt ada tiket masuk ke?
kemungkinan ada, tp x pasti berapa lg, tunggu pengumuman drpd pihak mbbf
ada pihak beritahu, tiada tiket, prejudging dibuat di hotel, final di stage di jonker walk
Prejudging Hotel Century Mahkota Melaka
Final Jonker Walk Melaka
best tu cmner nak masuk sana ?
ketegori wanita ada x