42 Tip Mengurangkan Berat Badan Jan02

Kongsi

42 Tip Mengurangkan Berat Badan

Membakar lemak lebih mudah diucapkan berbanding dilaksanakan. Ia memerlukan kepada ketahanan mental dan kekuatan fizikal untuk mengharungi pelbagai cabaran dan godaan nafsu makan. Apa kata kita lihat 55 tip yang berjaya dikumpulkan dengan satu tujuan, untuk membantu memudahkan lagi perjalanan membakar lemak!

NASC 2015

1- Mengurangkan berat badan hanya sebanyak 10% dalam masa 6 bulan: Ini adalah untuk memastikan yang anda menggunakan cara yang sihat dan terbaik untuk mengekalkan jisim otot anda daripada terbakar sebagai sumber tenaga.

2- Menurunkan antara 0.5-1kg sahaja dalam semingguPenurunan secara drastik sebenarnya tidak sihat kerana badan anda akan terkejut dan tidak biasa dengan situasi baru.

3- Amalkan pemakanan berdasarkan Piramid Makanan: Jadikan panduan ini sebagai cara anda memilih saiz makanan-makanan yang sihat.

4- Lebihkan bijiran sebagai sumber karbohidrat: Bijirin seperti nasi, roti, mi, biskut, dan sebagainya boleh dijadikan sebagai sumber tenaga utama anda untuk aktiviti seharian.

Aiman Radzi - 42 Tip Mengurangkan Berat Badan

5- Lebihkan pengambilan serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan: Rujuk entri Serat Dan Bakar Lemak untuk mengetahui jenis-jenis serat dan kepentingannya kepada kita.

6- Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol: Lemak ada pelbagai jenis, jadi pilihlah makanan yang mempunyai lemak baik seperti kekacang.

7- Minum minumam rendah gula: Minuman manis boleh menjadi penyebab utama kepada penyakit diabetis, obesiti, dan kesukaran untuk menurunkan berat badan.

8- Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk makan: Penggunaan saiz pinggan kecil akan memberi kesan terhadap psikologi kita supaya memakan dengan porsi yang lebih kecil.

9- Makan mengikut waktu: Lewat makan atau membiarkan diri lapar boleh menyebabkan anda memakan secara berlebihan untuk memuaskan nafsu makan.

10- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu: Senaman 20-30 minit sehari sebenarnya sudah cukup untuk mengekalkan tahap kecergasan badan dan mengawal berat badan.

11- Berlatih dengan intensiti tinggi: Anda tidak perlu berlatih dengan bebanan ringan untuk mengurangkan berat badan kerana intensiti tinggi dapat mengekalkan jisim otot untuk membakar lebih banyak lemak pada masa akan datang.

12- Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan: Bagi mengelakkan daripada kebosanan, anda digalakkan untuk memilih pelbagai jenis makanan daripada setiap aras panduan tersebut sekaligus mengekalkan motivasi gaya hidup sihat.

13- Digalakkan memilih menu yang berlainan setiap hari:  Masakan yang berbeza akan meningkatkan selera dan mengawal nafsu makan serta menjadikan kita lebih selesa dengan gaya pemakanan sihat.

Tip Bakar Lemak 1

14- Mencuba makanan yang tidak biasa dimakan: Sayur-sayuran dan buah-buahan sering ditinggalkan kerana tidak biasa dimakan menjadikan kita kekurangan vitamin dan serat.

15- Makan sarapan berasaskan bijirin penuh: Sarapan ialah makanan pertama untuk memulakan hari kita, jadi ambilah makanan yang akan memberikan anda tenaga yang banyak!

16- Campur atau gantikan nasi putih dengan nasi beras perang: Kandungan kanji dalam nasi putih adalah jauh lebih tinggi berbanding nasi beras perang.

17- Amalkan pengambilan makanan berasaskan legume: Kekacang, tahu, dan tempe amat tinggi dengan protein dan nutrien-nutrien lain yang bermanfaat di samping lazat dimakan.

18- Kurangkan makanan berminyak: Makanan bergoreng biasanya akan menyerap kuantiti minyak yang sangat banyak dan minyak mengandungi jumlah kalori yang tinggi (9kcal/gram).

19- Makan sekurang-kurangnya 1 cawan sayur setiap hari: Campurkan pilihan-pilihan sayur seperti pucuk-pucuk, bayam, sawi, brokoli, bunga kubis, lobak merah, anak jagung, dan lain-lain.

20- Ambil 2 biji buah setiap hari: Antara pilihan buah terbaik untuk dimakan adalah seperti buah epal, pisang, betik, jambu, dan sebagainya.

21- Pelbagaikan pengambilan jenis buah dan sayur: Variasi pemilihan buah dan sayur dapat memastikan kita membekalkan badan kita dengan nutrien-nutrien yang mencukupi.

22- Pilih hidangan berserta buah dan sayur:  Antara hidangan yang bagus adalah seperti nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah, dan banyak lagi.

23- Makan buah sebagai hidangan snek: Buah adalah snek yang sangat baik untuk membantu membendung kelaparan dan mengawal nafsu makan.

Tip Bakar Lemak 2

24- Makan ulam-ulaman: Masukkan juga ulam-ulaman ke dalam hidangan anda untuk memberikan sumber serat secukupnya dalam sehari bagi membantu proses pencernaan anda.

25- Pilih nasi putih berbanding nasi briyani, nasi lemak, nasi ayam atau nasi minyak: Makan nasi putih di kenduri-kenduri untuk mengurangkan kalori lemak dalam hidangan nasi lain.

26- Rebus, panggang, kukus, atau bakar daging dan ayam berbanding menggoreng: Memakan manan yang bergoreng secara kerap boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung tersumbat akibat pengumpulan lemak dalam salur darah.

27- Kurangkan pengambilan kuah: Lauk-pauk warga tempatan biasanya dimasak menggunakan minyak yang sangat banyak sehinggakan wujud satu lapisan minyak tebal sewaktu ingin mengambil kuah.

28- Hadkan pengambilan organ haiwan: Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, otak, paru, perut dan sebagainya patut dikurangkan dalam pemakanan harian kita.

29- Makan daging atau ayam tanpa lemak: Bahagian dada ayam adalah antara bahagian terbaik kerana kandungan lemak yang sangat rendah.

30- Hadkan pengambilan santan: Penambahan santan yang banyak dalam lauk-pauk kita telah meningkatkan kadar obesiti negara tanpa kita sedar.

31- Kurangkan pengambilan mentega atau sapuan manis pada roti dan biskut: Ini hanyalah kalori tambahan dan kalori yang tidak terpakai akan disimpan menjadi lemak untuk sumber tenaga simpanan.

32- Hadkan juga pengambilan pisang goreng: Pisang adalah baik, tetapi apabila digoreng dengan minyak yang banyak, ini menjadikannya satu makanan yang perlu dihadkan, sama seperti karipap, keropok lekor, dan lain-lain.

33- Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan atau salad: Makanan ringan sering dijadikan snek untuk menonton televisyen atau tayangan-tayangan filem.

Tip Bakar Lemak 3

34- Amalkan meminum air kosong setiap jam: Mendapatkan air yang cukup dapat membantu membakar lemak dan mengurangkan perasaan lapar.

35- Kurangkan pengambilan garam tambahan: Kicap, sos, dan garam sendiri selalu dibubuh ke dalam makanan secara berlebihan untuk menambah rasa.

36- Kurangkan pengambilan makan yang diawet: Makanan yang mengandungi bahan pengawet biasanya turut memiliki kandungan garam yang tinggi.

37- Elakkan daripada menghirup sup dan kuah: Menghirup lebihan kuah dan sup ibarat menghirup lebihan kalori yang tidak diperlukan pun tetapi sekadar memuaskan perasaan lidah.

38- Pilih capati, thosai, atau naan berbanding roti canai: Ini termasuk juga roti bom, roti telur, dan roti tisu yang sangat tinggi dengan gula serta minyak.

39- Baca label pemakanan: Kemahiran membaca label pemakanan adalah sangat penting dalam merancang gaya pemakanan sihat untuk mengawal berat badan.

40- Amalkan latihan HIIT: Latihan berintensiti tinggi akan membakar lebih banyak lemak berbanding latihan kardio yang biasa.

41- Gunakan supplement yang betul: Pemilihan dan penggunaan supplement secara bijak akan membantu lagi proses anda untuk menjadi lebih kurus dan sihat.

42- Jangan cari jalan pintas: Tiada jalan potong untuk mencapai kejayaan, maka berusahalah dari sekarang dan jangan mudah mengalah kerana setiap kali anda berusaha, anda semakin hampir kepada sasaran anda!

Tip Bakar Lemak 4

Semoga anda dapat mengunakan tip-tip ini untuk kebaikan anda. Kongsikan dengan rakan-rakan jika anda berasa mereka memerlukan tip-tip sebegini dalam kembara mereka untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Jangan lupa untuk baca 2 Peraturan Latihan Bakar Lemak bagi memastikan latihan anda betul-betul berkesan dalam membakar lemak untuk selama-lamanya!

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube  

iklan ebook   ds ads   iklan disini