5 Kemungkinan Punca Gagal Kurus

Pernah Dengar?

Situasi sekarang, ramai yang berbadan besar datang ke gym untuk menguruskan badan dengan berlari di atas treadmill sahaja setiap hari. 6 bulan kemudian, mereka ada lagi berlatih tetapi kelihatan seperti tiada sebarang perubahan.

5 Kemungkinan Punca Gagal Kurus

Pernah lihat individu begini? Jika tidak, mungkin adalah orangnya.

Saya akan bantu anda untuk kenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dan jalan untuk menyelesaikannya!

Kursus Kecergasan 2024

Kemungkinan 1: Anda Masih Terlebih Makan

Kesalahan yang sangat jelas sebenarnya, dan kebanyakan individu yang masih gagal untuk menguruskan badan hanya mengalami masalah ini sahaja.

Ada dua punca yang boleh menjerumuskan anda ke arah terlebih makan:

  1. Anda makan banyak secara sedar
  2. Anda makan banyak secara tidak sedar
  3. Anda tidak tahu berapa kalori yang ada dalam makanan anda

Tip Kurus 1

Kalau anda sedar anda makan banyak dan anda hendak kurus, tetapi anda tidak cuba untuk mengurangkan makan, itu saya tidak dapat bantu. Seolah-olah anda tidak mahu kurus pun!

Apabila anda tidak dapat menganggar berapa banyak kalori yang anda sudah makan, amat mudah untuk anda terlajak daripada sasaran. Menganggar kalori adalah satu skill yang anda perlu mahir jika anda ingin mencapai objektif kurus.

Anda sangka roti sandwic yang anda makan adalah rendah kalori kerana banyak sayur, dan anda ingat anda sedang makan secara sihat. Jangan lupa juga untuk mengambil kira sos, mayonis, dan bahan lain yang terdapat dalam sandwic tersebut (kalau ada). Dalam anggaran anda adalah 250kcal, tapi tambah tolak bahan lain, mungkin mencecah 600kcal!

Kemungkinan 2: Kekurangan Protein

Protein sebenarnya boleh menambahkan rasa kekenyangan, jadi anda tidak akan makan begitu banyak. Cuba makan dada ayam saiz besar, susah untuk habiskan nasi, bukan?

Jadi, protein adalah nutrien yang sangat penting jika anda bercadang untuk membakar lemak dan mengempiskan ukurlilit pinggang anda.Bukan sekadar untuk kenyang, protein sangat penting untuk membaikpulih sel-sel dalam badan.

Membeli serbuk protein sahaja bukan bermakna anda telah jumpa cara ajaib untuk kurus. Usaha, disiplin, dan ketahanan mental serta ilmu senaman turut memainkan peranan.

Kemungkinan 3: Banyak Minuman Manis

Antara punca utama terjadinya lebihan kalori yang tinggi!

Tip Kurus 2

Kalau anda jenis yang sentiasa memerlukan air manis, terutama di awal pagi seperti air kopi manis, teh tarik, teh ais, dan lain-lain, anda akan mengenakan banyak kalori yang sebenarnya tidak diperlukan pon dalam pemakanan harian.

Bayangkan, anda penggemar minumam coklat setiap kali pergi ke kedai mamak. Kandungan kalori dalam minuman begini adalah lebih kurang 200kcal, dan kalau anda minum 2 kali sehari, anda telah ambil 400kcal. Dalam seminggu, berapa pula lebihan kalori yang anda boleh singkirkan kalau anda hanya amalkan air kosong sahaja?

Kemungkinan 4: Latihan Tidak Cukup Intensiti

Kalau anda berlatih tetapi boleh lagi bersembang dengan kawan-kawan gym sambil melakukan senaman tersebut, itu bermakna anda tidak mencabar diri anda.

Mereka yang berlatih dengan bersahaja biasanya memberikan alasan yang sama:

  1. Mereka tidak mahu menjadi seperti ahli bina badan
  2. Mereka hanya ingin bersembang dan mencari kawan

Tidak kira apa sahaja matlamat anda, cara untuk mendapatkan sebarang hasil adalah dengan melatih diri supaya melakukan lebih baik daripada sesi latihan sebelumnya. Perbezaan antara ahli  bina badan dan juga matlamat anda adalah mereka mengambil jumlah kalori yang lebih tinggi untuk membina saiz yang mereka miliki itu.

Kemungkinan 5: Banyak Kardio Intensiti Rendah

Tip Kurus 3

Kardio dengan intensiti rendah menyasarkan kesan yang berbeza. Setiap jenis latihan ada kelebihannya sendiri, dan latihan kardio memang membantu dalam pembakaran lemak tetapi itu bukanlah latihan yang anda patut jadikan prioriti.

Kalau anda mahu membakar lemak, ada beberapa perkara anda yang perlu pastikan; yang anda berada dalam keadaan defisit kalori, dan meningkatkan tahap penggunaan tenaga sewaktu berehat (REE – resting energy expenditure). Salah satu caranya adalah dengan membina otot melalui latihan rintangan berintensiti tinggi.

Fokus kepada bina kekuatan dan latihan di gym menggunakan beban. Pembinaan otot akan membantu pembakaran lemak jangka masa panjang dan pengekalan badan dalam keadaan kurus selalu.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: