5 Kesilapan Umum Mar10

Kongsi

5 Kesilapan Umum

Adakah anda berlatih gila-gila tetapi tidak mendapat hasil yang dikehendaki? Betul-betul jaga makan tetapi masih gagal mendapat 6 ketul di perut? Apakah punca masalah itu?

5 Kesilapan Umum

1. Terlebih melakukan kardio

Hanya sedikit orang yang berjaya turunkan lemak tanpa melakukan aktiviti kardio sama sekali tetapi melakukan terlalu banyak boleh membuat otot hilang dan lembut lebih-lebih lagi di bahagian perut. Latihan yang berlebihan akan melepaskan hormon kortisol ialah hormon tekanan yang akan membuatkan badan anda menahan air berlebihan.

NASC 2015

Ada satu lapisan yang dipanggil moosh antara otot dan kulit yang akan menampung air berlebihan dan seterusnya menyebabkan perut kelihatan lembik dan tidak kelihatan 6 ketul di perut. Apa yang patut dibuat? Kaji balik rutin latihan. Kurangkan aktiviti kardio ke 50% di samping tidak mengubah rutin yang lain. Atau pun berhenti melakukan aktiviti kardio untuk jangka 2 minggu dan terus melakukkan latihan bebanan. Tidak semestinya lebih itu baik.

2. Karbohidrat terlalu kurang

Bila mengikut latihan bebanan dengan diet rendah karbohidrat untuk membakar lemak, kadar metabolisme badan akan merosot. Karbohidrat meningkatkan kadar insulin yang bermaksud tenaga  memasuki otot sebagai glikogen. Ini adalah baik kerana anda memerlukan tenaga untuk latihan bebanan.

Buruknya adalah, hormon insulin juga boleh membawa tenaga berlebihan ke sel-sel lemak. Seeloknya dalam diet tahu bila harus mengambil karbohidrat dan bila kurang memerlukan. Saya cadangkan mulakan hari anda dengan sumber karbohidrat untuk sarapan disertai dengan protein. Waktu lain untuk tinggi karbohidrat adalah sebelum latihan, selepas latihan dan dua ke tiga jam selepas latihan. Jika anda sedang diet karbohidrat yang sangat rendah, dicadangkan melakukan penambahan karbohidrat (carbohidrate loading) sekali atau dua kali seminggu. Sekurang-kurang dua atau tiga kali ganda karbohidrat.

3. Bebanan terlalu ringan

Ramai yang beranggapan jika sedang memotong perlu menggunakan bebanan ringan. Betul memang betul, tetapi jangan lah selama ini mengangkat 200 kg, tetiba jadi 10 kg. Ringan bermaksud, jika mensasarkan bakar lemak, sekitar 65 hingga 75 peratus daripada 1 ulangan maksima. Jika boleh mengangkat bebanan 200 kg dengan satu ulangan, 75 % adalah 150 kg. Cara mengira satu ulangan maksima adalah

ulangan x 0.03 x bebanan + bebanan = satu ulangan maksima

Lihat muka Sistem Latihan

4. Terlalu bergantung pada makanan tambahan

Banyak daripada kita terlalu bergantung pada makanan tambahan seperti serbuk protein, pembakar lemak dan sebagainya. Perlu diketahui produk-produk ini hanya bertindak sebagai makanan tambahan, bukan menggantikan menu. Tidak ada pil ajaib di dunia yang boleh membakar lemak dan terus ada enam ketul di perut. Jika ada, saya pun nak. :D. Pastikan penjagaan makanan bersih (clean diet) sebelum menambah makanan tambahan jika perlu.

5. Tidak cukup rehat

Ramai yang beranggapan, badan menjadi ketika latihan. Itu sama sekali tidak benar kerana badan menjadi ketika berehat. Pemulihan dan pembaik pulih sel berlaku ketika anda sedang berehat. Pastikan rehat mencukupi sekurang-kurangnya 8 jam. Masa terbaik untuk tidur menurut kajian adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi. Untuk mereka yang kerja mengikut shif, mungkin agak sukar untuk mengikuti masa tersebut. Ubah mengikut kesesuaian. Jika boleh dapatkan tidur pendek dalam 15 minit ketika tengahari.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini