5 Sebab Mengapa Anda Masih Kurus Sep10

Kongsi

5 Sebab Mengapa Anda Masih Kurus

Biasa kita dengar orang-orang yang terlalu kurus mengadu bahawa mereka telah cuba pelbagai cara untuk menambahkan berat badan tetapi gagal. Mereka ini dipanggil hardgainers atau lebih dikenali sesetengah pihak sebagai individu-individu yang memiliki tubuh badan jenis ectomorph. Rujuk entri Bentuk Badan oleh Zaki Khan untuk ketahui tentang jenis-jenis bentuk badan manusia!

kurus-bagaimana-nak-besarkan-badan

Orang kata mereka yang berbadan ectomorph ini boleh makan apa sahaja dan tidak akan naik berat badan. Mereka mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, membakar semua benda yang mereka makan. Maka, mereka pun memberi alasan yang mereka sudah makan banyak tetapi masih gagal untuk menambah berat badan!

Untuk tambah berat badan, ubatnya hanyalah memakan lebih daripada keperluan seharian. Anda mungkin rasa anda sudah makan banyak, tapi jika anda masih gagal untuk menaikkan skala penimbang berat, hakikatnya anda masih belum makan melebihi yang diperlukan. Mari kita lihat 5 sebab yang menyekat anda daripada mencapai misi menaikkan berat badan:

NASC 2015

1- Kurang Jumlah Kalori Harian

Anda rasa anda sudah makan banyak dan cukup pengambilan kalori, tetapi jika anda mengambil rekod seperti membuat satu diari pemakanan, anda akan dapati yang pengambilan makanan anda sebenarnya tidak cukup. Cuba gunakan app seperti MyFitnessPal untuk membantu dalam menyimpan data pengambilan kalori anda!

2- Terlebih Aktiviti Fizikal

Mungkin anda tidak sedar yang aktiviti harian anda melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi, terutama pekerja-pekerja yang memerlukan pengerahan tenaga fizikal seperti pekerja buruh. Mungkin juga anda kerap berjogging jangka masa lama dan ini akan membakar lebih kalori berbanding biasa. Semakin banyak aktiviti fizikal anda lakukan, semakin tinggi keperluan kalori yang anda perlu ambil.

3- Salah Program Latihan

Adakah anda dari kalangan mereka yang pergi ke gym dan mula buat bicep curl dahulu? Atau setiap kali ke gym, anda hanya akan chest press sahaja? Jika ya, tidak hairanlah mengapa anda belum berjaya menambah saiz badan. Penggunaan senaman kompaun adalah lebih baik daripada pergerakan isolation jika anda sedang sizing. Rujuk entri 5 Senaman Terbaik Membina Saiz untuk panduan dalam memilih senaman yang sesuai!

4- Tidak Konsisten Dalam Latihan

Untuk berjaya dalam sebarang perkara, anda perlu menjadi konsisten. Kadang-kala ramai bersemangat pergi ke gym setiap hari bersama kawan-kawan mereka dengan motivasi yang sama. Malangnya, semangat ini hanya untuk seminggu dua. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu cari jalan supaya latihan dan pemakanan anda lebih seronok dan berkesan! Tidak guna pergi ke gym setiap hari jika anda tidak mampu untuk mengekalkan momentum latihan.

5- Ragu-ragu Dengan Diri Sendiri

Kepercayaan memainkan peranan besar untuk mendapatkan hasil yang optimum. Teringat saya pada satu lagi dengan liriknya;

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika anda sentiasa berprasangka buruk, anda tidak akan mencuba dan apabila anda tidak mencuba, sampai bila anda hendak berjaya? Kegagalan hanyalah bermakna anda selangkah hampir ke arah kejayaan!

Rujukan: http://stronglifts.com/hardgainers-gain-weight-skinny-guys

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook YouTube  

iklan ebook   ds ads   iklan disini