Acai Beri

Sejak akhir-akhir ini kecoh tentang produk pelansingan berasaskan buah acai beri. Hari ini, 24 Oktober 2012, menurut analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan tambahan. Menurut Timbalan Pengarah Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun sibutramine hydrochloride dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.Kursus Kecergasan 2024

Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian. Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung.

Apa sebenarnya acai beri ini? Dakyah acai beri ini sudah lama. Ia sudah berada di dalam beberapa produk syarikat MLM termasuk eXfuze, Vemma, Xango, MonaVie, Shamelin2u dan lain-lain. Terdapat pelbagai tuntutan yang dikeluarkan. Acai beri daripada termasuk dalam kategori super food telah menjadi magical food. Daripada cerita antioksidan kepada cerita bakar lemak. Kononnya boleh mengubat pelbagai jenis penyakit.

Kenapa acai beri? Acai beri dipilih disebabkan ianya sukar didapati dan bunyinya pelik berbanding strawberi yang boleh didapati di Cameroon Highland, epal yang boleh didapati di pasaraya dan sebagainya. Boleh kata terlalu banyak antioksidan di pasaran. Acai beri mampu beri pulangan lumayan kepada perniagaan, terutama yang bercorak multilevel. Harga acai beri yang murah telah menjadi berlipat kali ganda lebih mahal apabila di-MLMkan. Di Malaysia, jika ada produk menggunakan buah anggur yang dikatakan boleh menguruskan badan pun pasti laku disebabkan majoriti malas bersenam. Setuju?

Apa dia buah acai beri? Acai beri adalah buah pokok kelapa dari hutan khatulistiwa, Brazil. Rupanya seperti blueberi. Apa yang terkandung dalamnya? Daripada 100g serbuk kering acai beri, terdapat 533.9 kalori, 52.2g karbohidrat, 8.1g protein dan 32.5g lemak. Karbohidratnya mengandungi 44.2g serat dan rendah gula. Dalam setiap 100g, ada sedikit Vitamin C, 260mg kalsium, 4.4mg besi dan 1002 iu Vitamin A. Acai beri memang merupakan sumber serat yang baik yang mana sesuai dalam diet menurunkan berat badan. Berdasarkan kelebihan ini, ia digabungkan dengan beberapa bahan untuk dijadikan produk pembakar lemak. Apa kelebihan acai beri? Menurut kajian, acai beri mempunyai nilai antioksidan yang tinggi daripada Vitamin A melebihi buah-buah beri yang lain. Berdasarkan faktor ini, ia diperguna untuk menghasilkan produk-produk yang kononnya mampu merawat segala macam penyakit.

Boleh ke acai beri bantu kurangkan berat badan? Ya dan tidak. Tiada kajian membuktikan bahawa acai beri mempercepat proses penurunan berat badan. Ia mungkin membantu disebabkan kandungan seratnya tetapi serat boleh didapati daripada pelbagai sumber. Paling penting di sini bukanlah acai beri tetapi amalan pemakanan dan gaya hidup keseluruhan.

Lupakan iklan-iklan di internet. Ketahui bahawa;

* Acai beri bukan pembakar lemak
* Acai beri tidak akan menguruskan anda dengan segera
* Acai beri tidak mengawal selera makan
* Acai beri tidak merawat
* Acai beri tidak membesarkan zakar, mengeraskan atau menambah stamina

ZK: Acai beri tidak bersalah. Ia boleh dimakan. Cuma produk pembakar lemak yang mencampurkan bahan kimia merbahaya yang salah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Acai Beri

  1. fizaamani says:

    Dato’, produk acaiberi nie kan yang kena serbu baru2 ini? Ini semua scam la..agaknya kalau ada org cakap daun sirih tu boleh kurus tanpa bersenam, mesti berduyun2 pergi makan sirih..adeh…

    1. ya. kena serbu dan rampas hari tu.
      kita orang malaysia ni senang percaya kalau ada produk kurus, tak kira dari apa. majoriti malas bersenam.

  2. Alhamdulillah… ada jugak artikel tentang pendedahan produk acai beri ni, baru lah terbukak skit minda member2 sya yg taksub ngan produk2 nih. dorg ni nak pk nak kaya cepat je (MLM), tanpa memikirkan keburukan kpda pengguna..

    p/s : baru 2,3 hari lepas buang sebotol MonaVie housemate pnya yg belom dibukak.. huhu

  3. Memang org kita esp pempuan suka percaya benda2 mcm ni. Kat US dah kena ckp most of MonaVie ni Scam jer lebih pada MLM. Makcik aku dari xde penyakit dah kena kencing manis pasal MonaVie. Lebih suka mkn pil langsing pas tu dok depan TV pegang remote dan mengharapkan berat turun…OMG

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: