Alasan dan Matlamat Apr23

Kongsi

Alasan dan Matlamat

Kita sering hidup dengan mencipta alasan. Sedar atau tidak, dalam kehidupan harian termasuk di tempat kerja, atau di sekolah, di kolej, ‘kebanyakan’ dari kita akan menidakkan sesuatu. Dalam kelas, subjek sukar difahami, kita kata cikgu tidak pandai mengajar, subjek sukar, tidak guna belajar kerana otak tidak mahu menerima. Bila peperiksaan, keluar alasan tidak cukup masa untuk mengulang kaji, tidak cukup tidur, buku rujukan hilang dan sebagainya. Dalam pekerjaan, tidak dapat fokus, tidak mahir buat kerja yang diarahkan, tiada minat dalam bidang diceburi, terlalu banyak gangguan dan sebagainya.

NASC 2015

Begitu juga dalam membina badan, menguruskan badan, mengamalkan gaya hidup sihat. Pelbagai alasan diberikan termasuk tiada masa untuk beriadah, tiada teman atau partner latihan, tidak cukup makanan tambahan, tidak mempunyai peruntukan, latihan semalam masih sakit, ‘ala, mamat tu boleh la, dia pakai racun’, tiada mood dan sebagainya. Inilah lumrah kehidupan kita. Alasan, alasan, dan alasan.

Alasan adalah produk sampingan dari alam bawah sedar sikap ego. Ini mungkin memberikan anda keselesaan dan kepuasan dalam jangka pendek…tetapi adakah ia membantu untuk jangka masa panjang?

Setiap daripada kita inginkan yang terbaik termasuk dalam membentuk badan. Jika boleh yang lelaki mungkin hendak jadi seperti Arnold Scwarzenegger atau Ronnie Coleman atau Jay Cutler atau mungkin Charles Glass dan yang perempuan hendak jadi seperti Jamie Eason atau J-lo atau Britney Spears dan sebagainya. Tetapi kesilapan yang nyata dilakukan adalah tidak mengenali diri sendiri. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Seseorang yang pendek tidak boleh menjadi tinggi, seseorang mungkin tidak boleh mendapatkan bahu seperti Markus Ruhl tetapi boleh mendapatkan kaki seperti Branch Warren, seseorang itu mungkin tidak boleh mendapat bontot seperti Gina Bush tetapi boleh jadi seperti Rachel Murray. Apabila hendak ke peringkat seterusnya dalam usaha membentuk badan idaman, adalah penting untuk menetapkan tujuan yang tepat dan bersesuainya dengan keadaan kita. Bila tidak bersesuai, apa yang akan keluar? Alasan lagi, untuk menafikan diri tidak boleh melakukannya.

Mungkin ramai pernah dengar, ‘hidup adalah perjalanan, bukan tujuan’ atau ‘life is a journey, not a destination‘. Itu ungkapan yang kadang-kadang menyebabkan seseorang kurang bimbang dan percaya setiap hari harus membawa perubahan ke tahap baru dalam misi hidup. Kecergasan harus menjadi bahagian utama dari kehidupan bagi sesiapa yang anggap diri mereka berjaya. Elakkanlah daripada terus memberi alasan. Tetapkan matlamat yang jelas dan sesuai dengan keadaan fizikal, emotional, dan faktor lain. Jadikan kesihatan dan kecergasan antara misi penting dalam hidup. Bukan semata-mata ingin kelihatan cantik pada pandangan mata tetapi kesihatan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita diberi amanah untuk menjaga tubuh ini maka jagalah ia sebaik mungkin.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini