Ambang Laktat

Jika VO2 maksimum adalah potensi daya tahan aerobik maka ambang laktat (lactate threshold) memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensinya. Ambang laktat ditakrifkan sebagai:

‘Tahap di mana latihan yang meningkat intensitinya di mana laktat darah mula terkumpul melebihi tahap rehat di mana pencuci laktat tidak mampu melawan pengeluaran laktat lagi’

Semasa melakukan latihan berintensiti rendah, laktat darah tetap atau hampir dengan tahap rehat. Bila intensiti latihan meningkat, akan datang satu titik dimana kadar laktat meningkat mendadak. Kajian menunjukkan bahawa ini menandakan pergeseran dari metabolisme aerobik terutama untuk pengeluaran tenaga didominasi anaerobik.Kursus Kecergasan 2024

Banyak istilah yang diguna pakai untuk mengambarkan ambang laktak, antaranya ambang anaerobik, ambang aerobik, onset of blood lactate accumulation (OBLA), kadar laktat maksimal.

Walaupun pelbagai istilah digunakan, ianya tidak menggambarkan hal yang sama. Akumulasi laktat hanya menentukan keseimbangan antara pengeluaran laktat dan menunjukkan ketersediaan atau kekurangan oksigen sehingga istilah aerobik dan anaerobik menjadi agak keliru. Alasan untuk akumulasi laktat sangat kompleks dan bervariasi dan belum difahami sepenuhnya.

OBLA

Pada intensiti latihan yang lebih tinggi dari ambang laktat, ada peningkatan akumulasi laktat dan sering disebut sebagai asimulasi awal laktat darah atau OBLA. OBLA biasanya terjadi ketika ada konsentrasi laktat darah mencapai sekitar 4 mmol/L. Titik rehat yang sesuai dengan ambang laktat sering dilihat sukar untuk ditentukan.

Kadar Laktat Maksimal

Kadar laktat maksimal ditafsirkan sebagai intensiti latihan di mana penukaran laktat maksimum adalah sama dengan pengeluaran laktat maksimum. Kadar laktat maksimal dianggap sebagai satu petunjuk yang baik.

Ambang Laktat Sebagai Peratus Daripada VO2 Maksimum

Ambang laktat biasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada VO2 maksimum seseorang individu. Contohnya, jika VO2 maksimum terjadi pada 24km/jam di atas ujian treadmill dan peningkatan tajam dalam kepekatan laktat di atas paras rehat ketika di 12 km/jam, maka ambang laktat daripada VO2 maksimumadalah 50%.

Mengikut teori, seseorang boleh berlatih pada setiap intensiti sehingga mencecah VO2 maksimum tanpa batas. Namun, ketika intensiti latihan meningkat hampir ke VO2 maksimum, berlaku peningkatan mendadak dalam akumulasi laktat darah yang seterusnya menyebabkan keletihan. Pada mereka yang terlatih, ambang laktat biasanya terjadi pada 70-80% VO2 maksimum. Pada yang tidak terlatih, pada 50-60% VO2 maksimum.

Kesimpulannya, jika dua orang dengan VO2 maksimum yang sama, yang dengan ambang laktat lebih tinggi akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Graf menunjukkan atlet 1 dan atlet 2 yang memiliki VO2 maksimum yang sama. Atlet 1 mempunyai ambang laktat pada 70% dan atlet 2 pada 60%. Atlet 1 boleh mempertahankan kelajuan sekitar 12 km/jam berbanding atlet 2 hanya 10.5 km/jam.

Ambang Laktat dan Latihan

Dengan latihan, ambang laktat sebagai peratusan daripada VO2 maksimum dapat ditingkatkan.

(ada yang bertanya saya, kenapa perlu belajar sesuatu yang begitu teknikal? pada saya elok kita belajar kenali badan sendiri, macam-macam kita boleh buat setelah kita kenal badan kita, kita tahu fungsi badan bagaimana, kita tahu apa yang perlu ditingkatkan, dan lain-lain)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

7 thoughts on “Ambang Laktat

  1. Jamorama i think you have a great site here… today was my first time coming here.. i just happened to find it doing a google search. anyway, great post.. i’ll be bookmarking this page for sure.

  2. kena baca 2-3 kali baru paham. rasenye dah paham la.

    “Dengan latihan, ambang laktat sebagai peratusan daripada VO2 maksimum dapat ditingkatkan.”

    latihan yang sesuai utk meningkatkannya latihan kardiovaskular spt HIIT dan cardio resistance training atau apa2 latihan dengan syarat denyutan jantung berada pada ambang anaerobik ke?

    ada tak jangka masa minimum yg diperlukan pada satu2 sessi yang diperlukan utk ia meningkatkan ambang laktat?

    klau berlatih pada ambang aerobik? ia langsung tidak membantu?

    1. Zaki Khan says:

      HIIT dan apa saja latihan aerobic pada kadar 65-75% boleh menyebabkan adaptasi pada sistem aerobik, bila berlaku adaptasi maka, yg ketara, ruang left ventrikel bertambah. kalau anaerobic akan adapt kat otot. jangka masa minimum mengikut individu.

  3. Salam ,

    Saya nak tanya sy banyak buat latihan interval training mengunakan bodyweight saya follow cd Jillian Michaels Extreme Shed.

    banyak inch yg hilang cuma sehari 2 ni perut sy waktu bangun rasa macam masuk angin dan macam orang lapar adakah ada berkait dgn kesan latihan

  4. Hi Zaki khan
    Dalam larian kalau ambang laktat
    Meningkat tinggi bolehkah membantu meningkatkan kelajuan berlari dan daya tahan.
    Thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: