Apa Dalam Fat Burner? Dec26

Kongsi

Apa Dalam Fat Burner?

Terlalu banyak produk pembakar lemak dalam pasaran sekarang. Setiap satu mendakwa ia produk terbaik untuk bakar lemak, meningkatkan prestasi dan sebagainya. Adakah ianya benar-benar berkesan? atau hanya sekadar teknik pemasaran dengan menggunakan model cantik dan sebagainya.

Hari ini, bukan saya nak bicarakan produk mana terbaik. Entri kali ini cuma nak bercerita apa yang terkandung dalam fat burner tersebut. Sebelum kita mula, saya ingin bercerita tentang metabolisme, berikutan majoriti produk mengatakan bahawa, ianya meningkatkan kadar metabolisme. Apa itu metabolisme? Metabolisme boleh dikatakan reaksi fisiologi yang berlaku di sel samada anabolik atau katabolik. Terdapat beberapa pembolehubah yang memberi kesan kepada metabolisme termasuk signal daripada endocrine.

Meningkatkan metabolisme adalah meningkatkan kepantasan tindak balas anabolik atau katabolik. Lipolisis (pecah lemak) adalah proses katabolik dimana ianya berlaku apabila sel berada dalam keadaan tenaga yang negatif. Sebelum memulakan program menggunakan apa-apa makanan tambahan, anda perlu tahu, bahawa tiada pil ajaib untuk turunkan berat badan. Akhir sekali, konsep kalori masuk dan kalori keluar juga diguna pakai. Penggunaan makanan tambahan perlu disertai dengan pemakanan yang baik dan senaman yang betul.

Fat Burner

Acetyl-l-carnitine (ALCAR)

Carnitine adalah produk biochemical methionine dan lysine. L-carnitine aktif diperlukan untuk memastikan asid lemak bebas boleh keluar daripada tisu adipose. Ia umpama pembuka pintu. ALCAR meningkatkan paras l-carnitine, yang mana seterusnya meningkatkan pengoksidaan asid lemak di mitochondria sel. ALCAR juga dikatakan mengurangkan penggunaan glukosa, dan lebih menggunakan asid lemak sebagai tenaga.

ALCAR effektif apabila diambil dalam dose tunggal sekitar 1 gram, maksima 3 gram sehari. Pengambilan berlebihan merugikan di mana ianya akan dibuang melalui air kencing. ALCAR paling baik diambil 30 hingga 60 minit sebelum bersenam. Jika diambil lebih daripada sekali, jarakkan 5 hingga 6 jam untuk setiap ambilan.

Kafein

Kafein antara benda asas yang biasa dimasukkan dalam kebanyakan produk pembakar lemak. Ia adalah peransang. Penghadaman methylxanthines melambatkan pemecahan cyclic adenosine monophosphate (cAMP) dan cyclic guanosine monophosphate (cGMP) melalui enzim phosphodiesterase (PDE). Kafein dianggap seperti PDE. Metabolisme dibawa ke tahap “overdrive” selepas kemasukan PDE. Menurut kajian, kafein membantu dalam pergerakan aerobik dan anaerobik. Ia merendahkan rate of perceived exertion (RPE).

Boleh baca lebih lanjut mengenai kafein dalam entri
http://zakikhan.net/kafein/

Yohimbine

Yohimbine adalah perangsang yang diperolehi daripada tumbuhan pausinystalia yohimbe. Ia adalah antagonis kepada alpha-2-adrenergic dan bertindak sebagai monoamine oxidase inhibitor (MADI). Pengambilan yohimbine sebelum senaman, meningkatkan pelepasan lemak dengan menyekat reseptor alpha-2 adrenergic di tisu lemak. Ia juga meransang pelepasan catecholamine. Yohimbine bekerja dengan lebih baik dengan ketidakhadiran insulin, ataupun dalam keadaan berpuasa.

Yohimbine boleh diambil 1 hingga 3 mg setiap berat badan dalam kilogram dalam 1 dosage dan boleh diambil sehingga 3 dosage sehari.

Synephrine

Synephrine juga sejenis perangsang yang didapati daripada daun citrus aurantium dan juga oren. Strukturnya agak sama dengan neurotransmitter epinephrine dan norepinephrine. Synephrine merangsang reseptor beta-adrenergic, yang mana seterusnya meningkatkan kepekatan catecholamine di dalam darah. Apabila berlaku peningkatan catecholamine, meningkatkan proses lipolisis (pemecahan lemak).

Pengambilannya sama banyak seperti yohimbine, 1 hingga 3 mg setiap kilogram berat badan, 3 kali sehari.

NASC 2015

Capsaicin

Capsacinoid adalah bahan yang dijumpai dalam cili yang memberikan rasa pedas dan panas. Pengambilan capsaicin meningkatkan pembakaran. Dalam bahasa mudah, pengambilan cili yang banyak juga meningkatkan metabolisme, akan tetapi ia juga tidak praktikal kerana meningkatkan masalah gastrik dan masalah pencernaan yang lain.

Capsaicin boleh diambil 2 hingga 3 mg, 3 kali sehari. Capsaicin elok diambil dengan makanan untuk elakkan masalah gastrik.

Green Tea Extract (Epigallocatechin Gallate/EGCG)

Ekstrak tea hijau juga antara yang biasa terdapat dalam produk pembakar lemak disebabkan keupayaan meningkatkan penggunaan kalori, atau meningkatkan metabolisme. Epigallocatechin gallate bertindak sebagai perencat untuk enzim catechol-O-methyl transferase, yang mana memecahkan catecholamine. Jadi, penghadaman EGCG meningkatkan aktiviti neurotransmitter yang mana seterusnya memberi kesan lemak terbakar. Ia juga agen anti-carcinogenic dan anti-oxidant.

Bagi mendapatkan kesan positif, boleh ambil 150 hingga 250 mg sehari. Ia elok diambil 30 hingga 60 minit sebelum senaman untuk memecahkan catecholamine.

Pyrroloquinoline Quinone (PQQ)

PQQ adalah kompoun organik yang dijumpai di quinoprotein, kebiasaan di bakteria. Ia biasanya diekstrak daripada kacang soya. PQQ bertindak mencipta mitochondria baru di sel dalam proses mitochondrial biogenesis. Jadi peningkatan metabolisme adalah significant. Peningkatan dikatakan sama seperti peningkatan disebabkan senaman high intensity interval training (HIIT).

Pengambilan PQQ 20 hingga 60 mg sehari dikatakan selamat. PQQ buat masa ini agak mahal untuk diambil dalam dosage yang tinggi. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk PQQ. Kajian sedia ada lebih pada kesan placebo.

Raspberry Ketone (RK)

Raspberry ketone adalah kompoun aromatik yang dijumpai dalam rubus idaeus ataupun raspberi merah. Dari sudut kimia, ianya agak serupa dengan synephrine dan capsaicin. Cara bertindak pun agak serupa dimana ianya meningkatkan proses lipolisis. RK juga didapati merangsang usus kecil menyerap lemak baik dengan menekan enzim pancreatic lipase.

RK boleh diambil 100 hingga 200 mg, 2 kali sehari. Ia diambil sebelum bersenam.

Gelatin

Gelatin atau gelatine bukan produk untuk bakar lemak. Ia adalah bahan untuk buat kapsul. Ia tidak berwarna. Ia dihasilkan daripada bahan buangan haiwan. Ia digunakan secara meluas dalam industri makanan, farmaseutikal, photografi dan kosmetik. Gelatin adalah campuran peptida dan protein yang dihasilkan oleh hidrolisis separa kolagen yang diambil daripada kulit, tulang dan tisu-tisu sambungan haiwan seperti ayam, babi, lembu, kuda dan ikan. Kebanyakan sumber produk farmaseutikal adalah daripada sumber kulit babi dan tulang lembu.

Negera penghasilan banyak menghasilkan daripada sumber-sumber seperti babi berikutan ia sumber yang murah di sana. Cuma sejak akhir-akhir ini, ikan mula digunakan disebabkan isu agama. Kini terdapat juga sumber daripada tumbuhan, plant polysaccharide. Penghasilan meluas di China berikutan permintaan tinggi daripada negara Islam. Walaupun ada penghasilan, akan tetapi ini tidak menjadikan syarikat pengeluar menggunakannya.

Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Capsule_(pharmacy)
https://en.wikipedia.org/wiki/Gelatin
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23140132
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20156466
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10943697
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18035001
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20302380
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16540848
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21120518
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1345885
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17214405
http://www.supplementtester.com/fat-burner-ingredients-that-work/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini