Latihan Split Jan08

Kongsi

Latihan Split

Rasanya ramai pernah dengar istilah latihan split (split training). Apa itu latihan split? Latihan split memecahkan latihan bahagian-bahagian badan tertentu ke hari atau masa yang berlainan. Latihan dipecahkan ke hari-hari tertentu supaya dapat fokus latihan untuk otot-otot sasaran. Bagaimana menyusun latihan split? Apa kebaikan latihan split?

Latihan split menjimatkan masa. Untuk buat latihan penuh satu badan, mungkin kita memerlukan sekitar 3-4 jam, tetapi dengan latihan split, kita perlukan dalam 45-60 minit sahaja. Gunakanlah masa berlebihan untuk bersama keluarga, dapatkan 1 kehidupan lain selain gym. 😀

NASC 2015

Menilai Kelemahan

Bergantung pada genetik dan struktur tubuh, seseorang itu mungkin lahir dengan genetik paha besar tetapi dada kecil. Seeloknya mulakan latihan hari pertama dengan kelemahan kita. Jika dada kecil, mulakan dengan latih dada. Jika kaki kecil, mulakan dengan latih kaki. Kebanyakan daripada kita rasanya hadapi masalah dengan kaki tetapi jarang yang buat senaman kaki. Bagi dia mungkin, cukuplah dada tebal, keluar berjalan mendada je nak tunjuk dada besar. :D. Susun latihan split dengan dimulakan dengan otot paling lemah di hari pertama dan otot yang paling kuat di hari terakhir.

Otot Besar ke Otot Kecil

Otot besar seperti kaki, dada dan belakang. Otot kecil seperti bahu, triceps dan biceps. Sebagai contoh jika latihan split anda hari ini adalah untuk otot dada dan biceps, mulakan dengan latihan untuk otot dada dahulu sebelum otot biceps.

Rehat

Rehat sangat penting dalam membina otot. Berikan sekurang-kurang 48 jam rehat kepada sesuatu otot sebelum mengerjakannya kembali. Mereka yang berlatih dengan pemakanan sempurna mungkin memerlukan jumlah rehat yang sedikit.

Contoh

Antara latihan split yang popular seperti split tolak/tarik, split bahagian atas dan bawah badan. Apa sahaja jenis split yang dibuat, cuba dulu untuk 1 jangka masa untuk tengok perkembangan pada otot. Pastikan yang mana satu latihan yang berkesan pada tubuh badan kita.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini