Apa itu Whey Protein? Sep16

Kongsi

Apa itu Whey Protein?

Apa itu protein whey? Ramai yang tertanya-tanya soalan ini? Adakah ia tumbuhan? adakah ia telur? adakah ia daripada sumber haiwan? Ia sebenarnya adalah produk sampingan daripada pembuatan keju. Protein whey biasa dipasarkan sebagai makanan tambahan dengan pelbagai tuntutan kesihatan. Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kebaikan protein whey termasuk anti keradangan, anti kanser dan sebagainya.

Protein whey juga dikaitkan dengan beberapa masalah alergi. Kebanyakan disebabkan alergi kasein dan juga alergi laktosa. Susu lembu mengandungi 20 peratus protein whey dan 80 peratus kasein manakala susu manusia 60 peratus protein whey dan 40 peratus kasein.

Secara amnya ada beberapa kebaikan protein whey seperti:

• Membantu dalam menurunkan berat badan
• Membantu meningkatkan peratusan otot
• Membantu dalam rawatan kanser
• Meningkatkan paras glutathione. Glutathione adalah antioksida
• Membantu mengurangkan kesan HIV
• Membantu mengurangkan triglicerida
• Membantu mengurangkan kolesterol disamping meningkatkan HDL
• Membantu meningkatkan kekuatan dalam sukan
• Membantu mengurangkan masa pemulihan

Terdapat 20 jenis amino dalam protein. Badan kita menggunakan setiap satu jenis amino untuk kegunaan spesifik. Protein whey kaya dengan Branched Chain Amino Acid atau BCAA dimana terdapat 3 daripada 9 amino perlu untuk membaiki otot yang rosak. Dalam senaman, badan akan pecahkan sekitar 1 hingga 5 peratus amino sebagai tenaga. Secara spesifiknya, badan menggunakan BCAA. Walaupun peratusannya rendah, tapi badan masih bakar otot untuk mendapatkan BCAA.

Adakah terdapat risiko pengambilan protein whey? Secara amnya, isu yang dikaitkan berkenaan dengan penghadaman seperti masalah gas, perut kembung, sakit kepala, kejang dan keletihan. Kebanyakan masalah juga dikenali berpunca daripada kandungan laktosa di dalamnya. Laktosa banyak ditemui dalam whey protein concentrate.

NASC 2015

Ketakutan besar yang sentiasa digambarkan adalah berlebihan protein yang menyebabkan tekanan pada buah pinggang. Kajian menunjukkan, bahawa mereka yang sihat tidak berdepan masalah ini. Mereka yang berdepan masalah buah pinggang berdepan masalah ini. Mereka yang sihat tidak perlu risau. Lagipun, berapa definisi banyak yang dimaksudkan? Adakah kita di Malaysia juga berdepan masalah banyak? Majoriti daripada kita berdepan masalah kekurangan protein daripada berlebihan protein.

Ada 3 jenis protein whey secara am. Perbezaan ketaranya adalah daripada lemak, kandungan laktosa dan kepelbagaian immunoglobulin.

1. Whey Protein Concentrate – Kebiasaannya rendah protein jika dibandingkan dengan 100 gram kandungan. Karbohidratnya daripada bentuk laktosa. Tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah dengan laktosa.

2. Whey Protein Isolate – Isolate bermaksud pengasingan. Protein jenis ini telah diasingkan lemak dan laktosanya. Rendah bioaktif berbanding concentrate. Kebiasanya tinggi protein jika dibandingkan kandungannya. Biasanya kurang rasa susu.

3. Whey Protein Hydrolyzed – Protein yang diprotein untuk memudahkan penghadaman. Proteinnya biasa sangat tinggi dan harganya pun lebih tinggi. Kebiasaanya rasa teruk berbanding kedua-dua protein yang lain.

Bila nak pakai protein whey?

Ada dua waktu yang memerlukan penyerapan segera iaitu 30 hingga 90 minit selepas senaman dan selepas bangun tidur. Masa-masa lain terpulang pada pelan pemakanan anda.

Chapter-459-Apa-itu-whey protein

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini