Asas Biomekanik Jul29

Kongsi

Asas Biomekanik

Apa itu biomekanik? Ada yang kata, tajuk yang saya tulis semakin hari semakin pelik. Ini yang dikatakan bina badan dan sains. :). Biomekanik otot manusia adalah pengiraan daya yang dikenakan kepada otot, sendi dan tulang sambil menyelesaikan tugas. Apabila manusia bergerak, badan mereka menggunakan otot, tendon, saraf dan tulang. Pendek kata, biomekanik adalah bidang mengkaji pergerakan. Kenapa mengkaji pergerakan itu penting? Dalam gym, kajian sentiasa dijalankan untuk menentukan adakah sesuai latihan itu selamat dan terbaik untuk dilakukan. Dalam sukan, pergerakan tertentu seperti smash, lontaran dan sebagainya memerlukan otot tertentu yang mana perlu dikuatkan. Seorang pelumba basikal tidak menggunakan otot yang sama seperti seorang pemain tenis.

Kursus Kecergasan 2017

Leg Raise VS Crunches

Apa perbezaan kedua-dua senaman ini? Kedua-dua menyasarkan otot di bahagian perut iaitu rectus abdominis atau dalam bahasa mudah 6 ketul di perut. Dalam masa yang sama, kedua-duanya menyasarkan sekali transverse abdominis iaitu otot di bawah obliques. Obliques adalah otot dibahagian tepi pinggang. Jadi apa perbezaannya? Leg raise juga menyasarkan bahagian iliopsoas, tensor fasciae latae, pectineus, sartorius, adductor longus dan adductor brevis. Jadi yang mana lebih baik? Leg raise lebih baik dan lebih selamat jika dibandingkan dengan crunches.

Dalam majalah, ada istilah upper abs (perut atas) dan lower abs (perut bawah). Sebenarnya perut tidak terbahagi kepada dua. Perut cuma 1 lapisan rectus abdominis daripada atas ke bawah yang tidak mempunyai sendi dan terikat di tulang rusuk 5,6,7 dan pubis. Bila disebut upper abs bermaksud mengerjakan perut daripada atas ke bawah, manakala lower abs daripada bawah ke atas.

Leg raise dengan kaki lurus atau kaki dibengkokkan yang mana betul?

Chin up

Latpull Down VS Chin Up

Apa perbezaan kedua-dua pergerakan ini? Kedua-duanya menyasarkan sasaran yang sama iaitu lattisimus dorsi atau bahagian kepak. Perbezaannya sama seperti perut yang ada istilah upper abs dan lower abs iaitu bekerja daripada mana. Lattisimus dorsi bersambung dari thoracolumbar aponeurosis daripada T7, iliac crest dan tulang rusuk 3, 4 atau kebanyakannya di bahagian tulang tunjang di belakang kepada tulang humerus atau tulang di tangan.

Latpull down menarik tangan mendekati badan manakala chin up menarik badan mendekati tangan. Jadi kerja berlaku dalam arah yang bertentangan tetapi menyasarkan tempat yang sama. Apa pula perbezaan latpull down di depan dan di belakang leher. Kalau mengikut biomekaniknya, pergerakan di belakang leher sebenarnya menarik otot lattisimus dorsi lebih dekat berbanding latpull down di bahagian depan. Memang benar latpull down belakang leher lebih baik dalam mengerjakan sasaran tetapi dalam masa sama ia akan memberi tekanan kepada otot teres minor. Kesakitannya mungkin tidak dirasai sekarang tetapi ia akan berkumpul sehingga suatu masa, mungkin 10 tahun, 20 tahun, setiap orang tak sama. Adakah berbaloi jika rotator cuff rosak semata-mata ingin mendapatkan bahagian belakang yang lebar?

Latpull down

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube