Asidosis Laktik Oct06

Kongsi

Asidosis Laktik

Asidosis laktik berlaku secara semula jadi semasa aktiviti kecergasan atau bersukan. Asid laktik adalah produk buangan metabolisme dalam proses membina otot dan aktiviti berterusan. Asidosis laktik disebabkan bersenam adalah bersifat sementara dan biasanya tidak merbahaya, akan tetapi ia boleh jadi bahaya jika disebabkan masalah kesihatan.

NASC 2015

Punca Asidosis Laktik

Semasa bersenam, otot memetabolismekan atau dalam bahasa mudahnya membakar glukosa kepada tenaga. Otot menerima glukosa melalui darah dan simpanan sendiri dalam bentuk glikogen. Setiap daripada kita ada dalam keupayaan maksima yang dipanggil ambang anaerobik atau ambang laktat. Ambang laktat pada asasnya adalah ukurusan bagaimana kuatnya jantung dan salur darah. Dengan mengamalkan senaman yang kerap, seseorang meningkatkan ambang laktatnya.

Apabila tahap intensiti latihan di bawah ambang laktat, badan menghasilkan asid laktik yang sedikit dan cepat hilang. Akan tetapi apabila melebihi ambang laktat, otot mula menggunakan glukosa secara tidak efisien. Adis laktik dihasilkan dengan cepat dan berkumpul di dalam darah dan otot.

Gejala Asidosis Laktik

Apabila seseorang berterusan melakukan aktiviti, dia akan mencecah tahap di mana otot mula sakit, jantung mula berdegup laju dan merasakan kekurangan udara. Dalam masa yang singkat, secara fizikalnya tidak dapat menjalankan apa-apa lagi ketika itu.

Chapter-464-Asidosis-laktik

Rawatan

Asidosis laktik kerana bersenam biasanya tidak merbahaya dan tiada rawatan diperlukan. Proses semula jadi meningkatkan lagi tahap ambang laktat di masa hadapan. Buah pinggang dan hati biasanya boleh membersihkan asid laktik tambahan yang terkumpul.

Asidosis laktik boleh juga berlaku disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan dan keadaan perubatan termasuk:

• Jangkitan yang teruk (sepsis)
• Gangguan Mitokondria
• Keracunan karbon monoksida
• Kehilangan bekalan darah ke anggota badan atau bahagian • badan yang lain
• Kejutan
• Diabetes yang tidak terkawal
• Masalah buah pinggang dan hati

Keadaan ini boleh mengancam nyawa dan perlu dirawat dengan segera. Jika anda terlalu cepat keletihan akibat senaman dan tidak berubah menjadi lebih baik setelah melalui latihan yang baik untuk satu jangka masa panjang, elok dapatkan pengesahan doktor.

Rujukan

eMedicine: “Lactic Acidosis.”

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini