Bagaimana Kecilkan Muka?

Muka seolah-olah mencerminkan diri kita. Kebanyakan gambar pengenalan, hanya tangkap gambar muka. Bagaimana mengurangkan lemak di muka? Dah diet bagai nak rak, badan dah ramping tetapi muka tetap bulat?

Kursus Kecergasan 2024Terdapat banyak cara mengurangkannya termasuk pembedahan, urutan dan sebagainya. Hari ini saya nak cerita tentang senaman dan pergerakan yang membantu. Tahukah anda terdapat senaman muka yang membantu? Pernahkah anda fikir, senyuman juga membantu?

1. Senyum

Tahukah anda senyuman mengerakkan sebahagian besar otot di pipi. Caranya agak mudah. Cuba ulang proses senyum itu sebanyak yang mungkin. Amalkan setiap hari.

2. Senaman Pipi

Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

3. Bibir

Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

4. Sedutan

Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

5. Senaman O

Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

6. Gula-gula getah

Dapatkan gula-gula getah tanpa gula. Kunyah gula-gula tersebut walaupun tiada rasa lagi. Lakukan 20 minit sehari. Gerakan ini jika dilakukan berlebihan akan membentuk otot di atas pipi.

7. Kembong

Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi anda. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.

Kebiasaannya, lemak di pipi akan menurun dengan diet yang betul. Andai kata tidak turun, ada kemungkinan, itulah bentuk rupa muka anda. Manusia dicipta dengan kepelbagaian rupa. Ada yang petak, bulat, bersegi-segi, lonjong dan sebagainya. Bagi seorang yang tidak dalam tempoh diet, kenali dan kurangkan makanan yang mungkin menyebabkan pipi naik seperti coklat, aiskrim dan pelbagai lagi yang manis.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

54 thoughts on “Bagaimana Kecilkan Muka?

  1. amboi dato, letak gambaq marka nampak?

    1. btoi bro.. marka paa…. =)

  2. perghhh…gmbr yg last skali nie memblat kan muka lg ade la…hehehehe (^_^)

      1. suka hati jek curiK gaMba kt FB ye…sampai hati!gamba lama kot! skrg da slim taw! huuuu..

        1. haha. gambar sebagai pengajaran. bila makan camtu, jd camtu. skrang dah slim. erk, ye ke? 😀

          1. wawawa…slim la dr ZK..hee

  3. oit..dato nie iklan senyum ke..senyum dah manis tp….jenis makanan tu….ermmm xbrape manis..huhu…ada no tel x…hehehehe

  4. nur_fatihah says:

    fuh, awek dato ka tu?

  5. fattah FP says:

    dato…
    jom gi mcd..hehe

          1. hahhaha…silap silap…. =p

  6. Terbaiklah dato, soalan saya utk topik ni.. Dah sampai seru tu, sampai
    bila dato nak hidup membujang.

  7. kene buat video laa utk senaman muka ni,, plissssssssssssss… baca pon tak bape paham ni…..

      1. DaTo ZK jd ModeL..meSti cumel!hee

          1. uiks…xnk la..nnti femes ZK!hahaha

  8. lemak di bwh dagu biasanya hilang klu rajin lari 3km setiap 3-4 hari insyaAllah

  9. ada cara nak besarka muka x?

        1. bkn ape dato, bntuk tengkorak muka sy kecil, bila muka sy kurus mmang tah pape..cengkung..tu sbab sy suka bila muka sy berisi..hehe

  10. Cam kenal jew aweq 2…

  11. kiut btol gmba last tuhc .. ZK xnk kerr ??

      1. xnak apenyer..tu lah zaki khan pnye gf..hehe

  12. dulu muka sya bujur tp bila meningkat remaja …rahang tiba2 jd besar dan muka saya nampak bulat…senaman ni bole bantu x..??

  13. Ayol Winehouse says:

    Alhamdullilah, pernah buat latihan yg seperti di atas, sekarang ni pipi saya dah kurang ketembamannya.. hee XD

  14. Mai buat senaman ini ya. Tqsm ajarin saya pak

  15. Nk buat sume excersise dlm 1 hari ke?

  16. Hi sir…boleh sir tolong dedahkan cara untuk menjadi tinggi walaupun sudah mencapai umur 20 thn …please

Leave a Reply to hamka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: