Bagaimana Nak Bersenam di Bulan Puasa? Jul09

Kongsi

Bagaimana Nak Bersenam di Bulan Puasa?

Sudah bersedia untuk transformasi badan baru sebelum raya ini?

Ramai yang bersemangat.

Saya sangat kagum dengan keazaman anda yang tidak mengenal penat dan putus asa. Dalam keterujaan kita melalui proses ini, pastikan niat kita berpuasa adalah untuk beribadah. Bukan nak kurus semata-mata.

Ramai kenalan bertanyakan bagaimana nak diet atau bersenam dalam bulan puasa.

Baiklah. Sepanjang sesi transformasi badan saya ketika Ramadhan tahun 2013, saya telah berjaya hilangkan 8kg berat badan. Tapi saya suka ingatkan, bukan semua 8kg ini adalah lemak. Kemungkinan lemak yang hilang hanya 4 – 5 kg, selebihnya kehilangan berat air dan juga muscle mass.

Ambil peluang terbaik ini untuk hilangkan lemak badan yang berlebihan.

NASC 2015

Diet yang saya amalkan:
1. Bersahur dengan karbohidrat:protein:lemak dengan pembahagian hidangan 40%, 40%, 20%. Saya memerlukan tenaga berpanjangan kerana sepanjang hari akan lalui tempoh yang lama tanpa makanan. Contohnya nasi, ayam, sayur, dan sebagainya
2. Tidak mengambil kafein atau air berlebihan ketika sahur. Ia akan menghilangkan air yang banyak di siang hari.
3. Makan kurma ketika bersahur untuk penyimpanan tenaga yang lama. Kurma memiliki protein yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain. Ia ada 23 jenis asid amino. Jangan lupa cukupkan sumber protein untuk minimize muscle loss. Whey protein bagus diambil selepas workout.
4. Ketika berbuka puasa, makan buah-buahan atau sebaiknya kurma, baik untuk sistem penghadaman dan tenaga segera. Minum air secukupnya kemudian solat maghrib dahulu.
5. Selepas maghrib, baru ambil hidangan berat seperti mana pembahagian ketika bersahur. Makan dalam kuantiti sederhana untuk elakkan keletihan ketika beribadah atau bersenam (jika mahu) pada malam nanti.
6. Jika anda workout pada waktu malam, pastikan ambil post-workout meal. Jangan terus tidur dalam keadaan lapar. Cukupkan minum air semasa tempoh berbuka dan bersenam.

Fasting-Change-Life

Di segi senaman:
1. Saya melakukan senaman cardio pada waktu pagi (sebelum sahur) kerana ia menggunakan sumber tenaga kedua (lemak) sebagai bahan bakar
2. Saya hanya melakukan slow-moderate cardio (skipping, lompat bintang, berjalan2 dan sebagainya). Lebih kurang 1 jam sebelum sahur.
3. Latihan bebanan (weight training) saya lakukan pada waktu malam. Selepas tarawih atau isyak. Paling lama pun 1 jam setengah.
4. Tidak bersenam setiap hari. 2 ke 3 kali seminggu atau paling maksimum 5 hari seminggu sudah memadai.
5. Saya tidak bersenam ketika waktu siang (puasa). Jika mahu bersenam juga, disarankan buat latihan ringan (slow cardio). Jika kita buat High Intense Cardio, badan akan kehilangan banyak air dan kita akan menjadi sangat dahaga. HIIT boleh dilakukan beberapa jam selepas berbuka puasa.
6. Dalam weight training, boleh buat compound lift (target lebih daripada satu bahagian otot utama). Dengan bekerja lebih kuat atau berat serta rehat yang minimum, lemak akan digunakan sebagai tenaga.

fitness-routine

Sekian sahaja perkongsian saya mengenai proses turunkan berat badan semasa Ramadhan. Saya doakan kejayaan kita semua. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa. Semoga usaha dan ibadah kita sentiasa diberkati oleh Allah. Bulan Ramadhan juga adalah tempoh fasa terbaik untuk kita menyucikan jiwa, bahkan di segi kesihatan, banyak kajian terbukti tentang kehebatan berpuasa.

 

 

 

Nazrin Nasser

Nazrin Nasser adalah penulis dan pengamal dalam bidang pengurusan berat badan dan kecergasan. Kejayaan menurunkan berat badan sebelum ini melebihi 30kg dalam tempoh 1 tahun menjadikan beliau sangat teruja untuk berkongsi tentang bakar lemak serta transformasi badan. Nazrin juga berpengalaman lebih 2 tahun dalam bakar lemak serta kecergasan. Ratusan orang telah berjaya turunkan berat badan di bawah coaching serta tips percuma yang dikongsi oleh beliau. Dapatkan tips percuma di http://nazrinfitness.com/percuma/

Facebook 

iklan ebook   ds ads   iklan disini