Bahaya Makanan Tambahan Dec23

Kongsi

Bahaya Makanan Tambahan

Adakah selamat menggunakan produk makanan tambahan? Rasanya ramai yang tanya saya soalan ini.

NASC 2015

Apa anda perlu tahu? Secara amnya, apabila sesuatu produk dikeluarkan oleh syarikat pembekal, mereka tidak pernah membuat ujian ke atas manusia sepenuhnya. Jadi pembeli merupakan ujian sebenar ke atas manusia. Proses ujian ke atas manusia mengambil masa yang agak lama, mungkin bertahun-tahun, berpuluh tahun. Jika mereka menunggu keputusan ujian, maka tak berduit lah mereka. Jadi paling mudah disebarkan ke pembeli dan jika ada masalah, produk akan ditarik kembali. Sebagai pengguna, andalah tikus makmal. Walau bagaimana pun, ia dikeluarkan mengikut garis panduan yang ditetap FDA, itu pun jika ikut.

Berdasarkan laporan daripada persatuan pengguna, kawalan dan pemeriksaan kualiti yang dijalankan tidak mencukupi. Terdapat makanan tambahan yang tercemar dengan logam berat, racun perosak atau ubat-ubatan preskripsi telah dijual kepada pengguna dicurigai. Terdapat juga syarikat pembekal yang lulus ujian pada peringkat awal tetapi mengubah formulanya kemudian kerana kuatir pengguna mendapat hasil tidak memuaskan jika membelinya dengan garis panduan FDA. Tiada syarikat khusus yang dilaporkan. Tetapi kebanyakan daripada China. China telah berkali-kali ditangkap mengeksport produk tercemar. FDA belum memeriksa kesemua kilang di sana. Terdapat beribu kilang di sana.

Kajian demi kajian dijalankan dengan hampir 1100 kandungan bahan dalam makanan tambahan yang dikaitkan dengan kes-kes klinikal. Hasilnya beberapa bahan diharamkan termasuk ephedra, sibutramine dan lain-lain. Selain itu, yang belum diharamkan tetapi dikategorikan dalam kategori merbahaya termasuk yang mengandungi aconite, bitter orange, chaparral, collodial silver, coltsfoot, comfrey, country mallow, germanium, greater celandine, kava, lobelia dan yohimbe. Kebanyakan pembakar lemak yang terdapat dalam pasaran mengandungi yohimbe atau dengan nama lain yohimbine yang mana terang-terang tidak dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

FDA masih membenarkan pemasaran produk ini dengan syarat diletakkan label merbahaya. Kes klinikal tidak cukup kuat lagi untuk mengharamkan produk-produk ini. Antara kes yang menyebabkan produk diarahkan ditarik kembali termasuk kes Hydroxycut. Terdapat 23 laporan kerosakan hati yang teruk menjurus ke kematian. Terdapat beberapa syarikat pengeluar. Boleh rujuk di pautan di bawah.

http://www.webmd.com/diet/news/20090501/hydroxycut-recall-due-to-liver-injuries

Daripada 54,000 produk makanan tambahan yang terpadat dalam pangkalan data, hanya terdapat kira-kira satu pertiga yang disokong bukti saintifik. Manakala sebahagian yang lain hanya memaparkan kajian sendiri dan bukan pihak ketiga. Majoriti makanan tambahan bina badan tiada kajian pihak ketiga. Walaupun terdapat kajian-kajian yang diletakkan, ianya dibawah pembiayaan mereka sendiri cuma menggunakan nama berlainan.

Ia adalah melanggar undang-undang sekiranya sesebuah syarikat mendakwa produknya boleh mengubat penyakit, merawat atau menyembuhkan kecuali beberapa syarat seperti kekurangan nutrien. Kebiasaan yang mendakwa merapu-rapu di Malaysia adalah syarikat MLM. 1 pil boleh merawat berjuta penyakit termasuk kanser dan sebagainya. Ia sama sekali melanggar undang-undang dan doktor yang mendakwa benda sama juga boleh dikenakan hukuman. Kes yang boleh dilihat seperti pergantungan jawatan Dr Rozmey.

Bagaimana dengan produk merunsur tepung seperti protein? Kebanyakan kes klinikal yang dilaporkan menjurus ke arah mereka dengan masalah penghadaman. Ada yang disebabkan toleransi lactose. Ada yang disebabkan kecederaan di perut atau usus dan penggunaan produk tenusu memburukkan lagi keadaan. Tiada kes kritikal yang dilaporkan melibatkan atlet atau mereka yang sihat kecuali kes dos berlebihan yang melibatkan kerosakan buah pinggang. Adakah terdapat steroid dalam makanan tambahan? Terdapat beberapa kes yang dilaporkan, seperti terdapat produk whey yang mengandungi clenbuterol dan buat masa ini sudah ditarik balik.

Kes melibatkan Herbalife

http://www.webmd.com/diet/news/20020610/herbalife-diet-linked-to-brain-ailment
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22059112

Kes melibatkan Hydroxycut

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22074635
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21507821
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20845283

Kes kerosakan hati

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21457433
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21173910

Kes melibatkan creatine

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21411845

Kes melibatkan nitric oxide

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20885188

Kes kegagalan buah pinggang

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17046619

Kes melibatkan chromium picolinate

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16877033

Laporan Consumer

http://www.consumerreports.org/health/natural-health/dietary-supplements/supplement-help/index.htm

Nota: Akan bersambung…

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini