Bakar Lemak Dengan Cepat Jan10

Kongsi

Bakar Lemak Dengan Cepat

Bila bercerita pasal bakar lemak, ramai yang suka buat cara tradisional yang lambat. Kebiasaannya perempuan, bila tanya senaman apa yang dibuat, joging 5 jam sehari. Selalu kita tengok, kebanyakan orang bila ke gym, perkara pertama yang dicarinya, ada treadmill tak? Kebanyakan menyangka treadmill cara paling cepat untuk bakar lemak. Jika di gym komersial, ada yang duduk di atas basikal mengayuh sambil baca majalah, sambil tengok televisyen, sambil dengar lagu. Selepas 2 jam, ke bilik persalinan, duduk dalam sauna 2 jam.

Kursus Kecergasan 2017Tahukah anda?

Senaman tradisional seperti joging, basikal dan sebagainya tidak membakar kalori yang tinggi. Berjoging perlahan mungkin hanya bakar sekitar 300 kalori sejam. Jika lebih laju, mungkin tidak bakar lemak. Kadar nadi akan meningkat dan keluar daripada zon bakar lemak. Rujuk entri Latihan Kardiovaskular.

Sebelum ini, saya dah perkenalkan banyak latihan yang lebih effektif daripada joging seperti High Intensity Interval Training, Sistem Tabata, dan sebagainya. Pernah dengar kesan EPOC (Excess Post Exercise Oxygen Consumption)? Maksudnya agak mudah, bakar kalori selepas latihan dengan pengambilan oksigen yang lebih dan penggunaan tenaga yang lebih berbanding keadaan normal.

Cabaran Kompleks

Konsep latihan kompleks ini boleh dikatakan sama seperti latihan cross yang boleh dilakukan tanpa peralatan atau dengan peralatan minima. Jika dibandingkan dengan latihan litar, latihan jenis ini dilakukan tanpa rehat.

Bezanya dengan senaman cross adalah, senaman cross perlu menghabiskan suatu jenis pergerakan dalam ulangan tertentu. Sebagai contoh senaman cross

Squat 12x
Chin Up 10x
Box Jump 15x
Push Up 15x

Kiraan masa dicatatkan. Manakala cabaran kompleks, perlu habiskan kesemua pergerakan dahulu dan dikira 1 set kemudian diulang kembali untuk set ke 2, tanpa rehat. Cabaran kompleks juga boleh diubah dan dilakukan seperti senaman cross mengikut kesesuaian.

Contoh Cabaran Kompleks 1

Alatan diperlukan; barbell, plate

Power Clean
Front Squat
Push Press
Back Squat

Beban awal, 25 lbs sebelah. Lakukan 10 set. 1 set dikira setelah menghabiskan keempat-empat pergerakan tanpa rehat. Lakukan kesemua 10 set tanpa rehat. Kemudian tambahkan beban, mungkin ke 50 lbs sebelah. Ulang 10 set. Jika masih mampu, tambahkan lagi beban.

Contoh Cabaran Kompleks 2

Alatan diperlukan; dumbbell

Dumbbell Lunges
Alternating Dumbbell Row
Push Up
Alternating Military Press

Beban awal, 20 lbs sebelah. Lakukan 10 set. 1 set dikira setelah menghabiskan keempat-empat pergerakan tanpa rehat. Lakukan kesemua 10 set tanpa rehat. Kemudian tukar dumbbell, mungkin ke 40 lbs sebelah. Ulang 10 set. Jika masih mampu, tambahkan lagi beban.

Contoh Cabaran Kompleks 3

Tanpa alatan; hanya berat badan

Squat
Spiderman Push Up
Jumping Lunges
Pushup-to-plank
Mountain Climber

Lakukan 10 set. 1 set dikira setelah menghabiskan keempat-empat pergerakan tanpa rehat. Lakukan kesemua 10 set tanpa rehat.

Bila?

Masa terbaik untuk lakukan cabaran kompleks ini adalah setelah menamatkan latihan bebanan yang biasa. Ianya juga boleh dilakukan pada masa-masa lain. Lupakan latihan kardiovaskular tradisional seperti menggunakan treadmill, basikal dan sebagainya sambil baca majalah, surat khabar.

Nota: Cabaran kompleks yang diletakkan di atas hanya contoh, anda boleh masukkan pergerakan sendiri dan tidak semestinya hanya 4, mungkin boleh masukkan lebih jika mampu.

Amaran: Pastikan anda melakukan pergerakan yang betul. Cabaran kompleks tidak semudah kardio tradisional tetapi hasilnya berganda-ganda lebih hebat daripada kardio tradisional.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube