Bakar Lemak Dengan Karbohidrat Sep04

Kongsi

Bakar Lemak Dengan Karbohidrat

 

Bayangkan dalam pasaran ada 1 buku yang menceritakan cara menghilangkan berat berpuluh kilo dalam masa singkat, pasti laku buku itu. Sebab apa? Semua tak sedar diri, gemuk ambil masa yang lama tetapi nak kurus dalam masa sehari. Begitulah apa yang disebarkan Atkin. Buku Atkin disebarkan untuk buat duit. Terdapat kajian menunjukkan buku tentang diet rendah karbohidrat seolah-olah ‘duit mudah’ selama 140 tahun ini yang mana keseluruhan buku cara cepat kurus mencapai jualan 33 billion USD.

NASC 2015


Lemak terbakar dengan kehadiran karbohidrat? Marah pengikut tegar Atkin apabila baca kenyataan ini. Kenapa karbohidrat penting dalam diet? Pertamanya karbohidrat adalah sumber segera tenaga untuk melakukan aktiviti termasuk aktiviti jenis aerobik dan anaerobik. Apabila kekurangan karbohidrat, akan menyebabkan protein melalui proses gluconeogenesis yang mana menukarkan protein ke glukosa.

Karbohidrat adalah sumber utama metabolik. Ia diperlukan untuk membakar lemak sepenuhnya. Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan berlaku proses ketosis. Ketosis melibatkan pemecahan protein dan pembakaran lemak tidak lengkap yang menghasilkan ketone bodies. Kenapa badan perlu memecahkan protein? Sebab badan memerlukan glukosa. Jadi seeloknya cukupkan keperluan glukosa atau rendahkan? Apabila kekurangan karbohidrat dan juga protein yang mana saya percaya, majoriti pengikut tegar Atkin tidak mengambil protein yang mencukupi akan menyebabkan pembakaran otot.

Dalam bahasa mudah;

Rendah karbohidrat = Rendah tenaga = Kurang mampu melakukan latihan berintensiti tinggi = Kurang mampu bertahan lama dalam senaman aerobik = Mengurangkan peluang badan membakar lemak menerusi senaman aerobik dan latihan bebanan

Saya pernah cerita sebelum ini, karbohidrat dan lemak perlu ditukar ke bentuk acetyle CoA sebelum memasuki peringkat metabolik aerobik. Ini apa yang kita panggil kitar asid citrik. Dalam bahasa mudah, glukosa dan lemak ibarat pasangan. Mereka perlu bersama. Jika tiada pasangan, lemak perlu juga kehadiran karbohidrat untuk dibakar, jadi dalam keadaan terpaksa, protein akan ditukar ke karbohidrat.

Bersambung di
Pakar Membidas Atkin

(Cari jurnal di bawah tajuk Fat Burns in the flames of Carbohidrates)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini