Bakar Lemak Dengan Karbohidrat

 

Bayangkan dalam pasaran ada 1 buku yang menceritakan cara menghilangkan berat berpuluh kilo dalam masa singkat, pasti laku buku itu. Sebab apa? Semua tak sedar diri, gemuk ambil masa yang lama tetapi nak kurus dalam masa sehari. Begitulah apa yang disebarkan Atkin. Buku Atkin disebarkan untuk buat duit. Terdapat kajian menunjukkan buku tentang diet rendah karbohidrat seolah-olah ‘duit mudah’ selama 140 tahun ini yang mana keseluruhan buku cara cepat kurus mencapai jualan 33 billion USD.

Kursus Kecergasan 2024
Lemak terbakar dengan kehadiran karbohidrat? Marah pengikut tegar Atkin apabila baca kenyataan ini. Kenapa karbohidrat penting dalam diet? Pertamanya karbohidrat adalah sumber segera tenaga untuk melakukan aktiviti termasuk aktiviti jenis aerobik dan anaerobik. Apabila kekurangan karbohidrat, akan menyebabkan protein melalui proses gluconeogenesis yang mana menukarkan protein ke glukosa.

Karbohidrat adalah sumber utama metabolik. Ia diperlukan untuk membakar lemak sepenuhnya. Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan berlaku proses ketosis. Ketosis melibatkan pemecahan protein dan pembakaran lemak tidak lengkap yang menghasilkan ketone bodies. Kenapa badan perlu memecahkan protein? Sebab badan memerlukan glukosa. Jadi seeloknya cukupkan keperluan glukosa atau rendahkan? Apabila kekurangan karbohidrat dan juga protein yang mana saya percaya, majoriti pengikut tegar Atkin tidak mengambil protein yang mencukupi akan menyebabkan pembakaran otot.

Dalam bahasa mudah;

Rendah karbohidrat = Rendah tenaga = Kurang mampu melakukan latihan berintensiti tinggi = Kurang mampu bertahan lama dalam senaman aerobik = Mengurangkan peluang badan membakar lemak menerusi senaman aerobik dan latihan bebanan

Saya pernah cerita sebelum ini, karbohidrat dan lemak perlu ditukar ke bentuk acetyle CoA sebelum memasuki peringkat metabolik aerobik. Ini apa yang kita panggil kitar asid citrik. Dalam bahasa mudah, glukosa dan lemak ibarat pasangan. Mereka perlu bersama. Jika tiada pasangan, lemak perlu juga kehadiran karbohidrat untuk dibakar, jadi dalam keadaan terpaksa, protein akan ditukar ke karbohidrat.

Bersambung di
Pakar Membidas Atkin

(Cari jurnal di bawah tajuk Fat Burns in the flames of Carbohidrates)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

55 thoughts on “Bakar Lemak Dengan Karbohidrat

  1. salam dato, saya nak tanya tentang vitamin b12 ni la. apakah berbaloi untuk ambek vitamin ni? apakah benefit die? n mcm mana die berfungsi n membantu dlm membina otot? lastly.. mana nak dapat vitamin ni? hehe harap dato membantu..

    1. vitamin b12 utk otak ngan nerve. ada membantu dlm synthesis fatty acid gak.+ energy. boleh didapati over counter kat farmasi. x perlu preskription. 🙂

      1. mohd hasbulah says:

        salam dato..sy nk tnya apa fungsi synthesis fatty acid ??

  2. Will Smith says:

    jadi sebaiknya mkn karbo dan perlukan senaman lah ye? tp saya rasa pasti ada jumlah yg sepatutnya utk kita mkn karbohidrat ni kn? dlm Atkins pun x larang kita mkn karbo sebenarnya kalau sape baca buku Atkins ni… pengambilan karbo akan meningkat dari satu fasa kepada fasa berikutnya.

    1. aik. igtkan menghilang 2-3 minggu utk baca entri2 sbelum ni. atau hanya baca entri atkin sahaja dan nak mempertahankan atkin? :).

      dah byk sy crita pasal bab diet sbelum ni. antara yg mudah dan slalu sy crita diet 40:40:20 protein:carb:lemak. ada byk perbezaan antara terlalu sikit carb dan ‘cukup’ carb dan juga lebih carb. 3 yg berbeza tu. :). im againts so call ‘protein diet’ atkin diet’.

      boleh rujuk di http://www.strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
      dan juga http://strengthsifoo.com/data/entri/

      1. haha sy x follow atkin leh je ilang 10 kg dlm masa 3 bulan je.. just follow ZK blog je xD

          1. Suraya hamka says:

            Btllll..sy pon hlg 10kg 3bln..huhu..tp ble blek umah,jarg w/o,brt naik pon,xlbh 2 kg..just lpas2 ry ni,mlntk kuih ry byk sgt,brt naik smpai 5kg..hehe!!plun w/o blek,xsmpai sbuln,measurement da jd mcm dlu even brt lum turun mcm dlu..skrg ni da on diet seimban n workout..hrap2 blh jd better lg dr b4..

  3. bahaya kalo pengamal diet atkin kurang pengambilan air.

      1. sbb mase proses ketosis, akn ade byproduct.
        byproduct ni bahaya untuk bdn. so 1 cara tuk keluarkn dgn guna air.
        sbb tu kene minum banyak air

          1. tu la salah 1 keburukan diet atkin. haha

          2. Will Smith says:

            erk boleh saya tahu apa sebab Atkins kena minum banyak air?

            p/s: sy bukn nk pertahankn Atkins, sy disini utk kongsi apa yg sy tau ttg Atkins ni… kita bertukar pandangan….

          3. ketosis (due to protein waste n incomplete fat burn) akan menghasilkan byproduct ketone bodies yg perlu disingkirkan melalui air.

          4. Will Smith says:

            owh… so adakah proses ini membakar lemak dlm badan?

          5. agaknya part mana lg x faham tu? masih nak pertahankan atkin? 😀

          6. Will Smith says:

            erm masih x faham tentang proses ketosis tu… bila ketosis berlaku, lemak akan digunakan sebagai tenaga kn?

          7. rasanya, sy dah terangkan dgn jelas, utk bakar lemak, perlukan karbohidrat. kalau xde karbohidrat, lemak x boleh terbakar, ketosis memecahkan protein menjadi karbohidrat.

          8. Will Smith says:

            Oh begitu.. Thanks bro… sy dtg sini nk ceduk ilmu 🙂 btw, sy masih mengambil karbo dlm diet seharian sy 🙂

  4. bro.. rasa nya ‘rasanya, sy dah terangkan dgn jelas, utk bakar lemak, perlukan karbohidrat. kalau xde karbohidrat, lemak x boleh terbakar, ketosis memecahkan protein menjadi karbohidrat.’ fakta tu tak betul kot sebab saya tengok kat wikipedia dan other sources.. thanks.

    1. ni sorang lg, pengikut atkin, cuba mempertahankan atkin. :). sy ada letak kat bawah tu, (Cari jurnal di bawah tajuk Fat Burns in the flames of Carbohidrates).

      part yg mana x faham tu? xpe, dah byk sy bercerita pada pengikut atkin. boleh kata majoriti pengikut atkin x faham apa sy crita sbb semua memasang angan2 utk turun berat secara cepat.

  5. will smith, atkins tak larang kita makan carbo. just 20g untuk induction sahaja. u kena complete phase 1-4 . phase 3&4 boleh makan nasi, roti, and other wholegrains. thanks

    1. Will Smith says:

      ya betul, atkins mmg xlarang mkn karb cuma induction je 20g then meningkat smpai phase 4… buah suma leh mkn bila dh tiba phase ni..

      1. haha.. Dato’, memang susah ckp kalo org da xnk paham

      2. Will Smith says:

        rendah untuk tempoh sementara, utk bakar lemak.. pastu phase berikut carb akan ditingkatkn bro… bukan rendah sentiasa… tu yg sy paham pasai atkins diet nih…

        ramai org ingt atkins ni x amik carbs pdhal mrk salah anggapan myb x bc buku atkins ni…

        1. to write something, i have to do many research. atkin is a very low carb diet, yg mana terang2 melanggar hukum tabii manusia. high protein, high fat. dah diceritakan dlm entri2 sbelum ini.

          anyway, bg pengikut tegar atkin, anda dijemput ke group N.A.F.I. di facebook, jika anda ada point utk dibahaskan. :D. jika point bernas, mungkin boleh dibawa ke kementerian utk tukar silibus pembelajaran selama ini daripada sistem pemakanan pyramid ke sistem atkin. :D. http://strengthsifoo.com/pakar-membidas-atkin/

          1. susah-susah…nampaknya masih tak paham lagi..dato dah terang dgn jelas pasal diet ni…

          2. dah biasa dah. setakat ni alhamdullilah semua faham apa yg saya crita, tp pengikut tegar atkin je x faham2. 😀

  6. Will Smith says:

    dato, sy bukn pengikut tegar sbb sy x amalkn atkins keseluruhan. sy cuma amalkn induction sahaja iaitu 20g carb.. cuma sy nk ty dato, kebanyakkn info mengenai diet yg sy baca di laman KKM menyatakan jika badan mkn lebih carbo ianya ternyata bole sbbkn insulin spike..

    selain itu, inilah punca rakyat negara ini gemok. jd kata kuncinya carbo berlebihan.. dlm sepinggan nasi ada 80g carbo.. setiap hidangan kita seharian ada carbo kecuali ayam bakar, ikan bakar…

    ikutkan diet seharian kita sbg rakyat mlysia mmg mkn ni smua…jadi apakah limit carbo yg dato sarankan dalam diet seharian kita?

    1. sampai skrang sy pelik, apsal hanya pengikut tegar atkin x faham2 apa sy tulis. yg lain elok je faham. sy dah terangkan pasal kurang, cukup, n lebih. kan 3 benda berbeza tu. atau pengikut tegar atkin hanya baca entri atkin, yg lain x baca? 😀

      1. Will Smith says:

        boleh dato terangkan berapa lama tempoh kalori yg tak diguna tu untuk jadi lemak? dan adakah pengambilan karbo menyebabkan air berlebihan dlm badan?

        1. nampak sgt, anda ke mari utk mempertahan atkin. saya dah bercerita pasal topik2 ni dlm beberapa entri sebelum ini, tetapi disebabkan dtg utk baca topik atkin sahaja, topik lain x baca. mula2 bg alasan x faham bahasa scientifik, tp saya kira dlm blog di sini saya menggunakan bahasa mudah berbanding penulisan saya di tempat lain.

          sila rujuk di http://strengthsifoo.com/data/entri/

          kenapa org pilih atkin? selama ini x sedar diri mengambil masa yg agak lama utk gemuk, tetapi nak kurus dlm 5 minit. proses pembinaan lemak bukan dlm sehari dua. mungkin bertahun.mcm2 sbb lg.
          apakah penipuan atkin? nantikan entri seterusnya.

          jika ingin berdebat, dan mungkin menukar silibis pembelajaran skolah slama ni ini kepada atkin, saya mengalu2kan anda utk berdebat di page facebook seperti di entri http://strengthsifoo.com/pakar-membidas-atkin/

          1. Will Smith says:

            bukan untuk pertahankan atkin. tapi saya ada beberapa kemusykilan pasal diet ni… sbb tu sy tanya soalan mcmni..

            cuma pengamal atkin ni berat dia cepat naik semula dlm masa singkat…sbb tu sy tanya dato soalan td

    2. tp ade beberapa jenis karbohidrat yg slow release….atau low glicemix index….karbo ni xkan menyebabkan insulin spike…sebab tu zaki khan kate kene makan clean…makan karb yg LGC….kurgkan karb yg monosakarida…

  7. Will Smith says:

    kawal kandungan karbo berlebihan dalam badan anda, karbo adalah gula juga. kalau terlebih boleh sebabkan insulin spike (sy bc sendiri dlm entry ZK ni). utk kurus kena kawal pengambilan karbo dan banyak bersenam..

    1. saya cuba fahamkan, knapa penyokong tegar atkin masih x memahami. rupanya bg org normal, ada kategori, 1 terlebih karbo, 1 cukup karbo, 1 lg terlalu kurang karbo. tp bg penyokong tegar atkin, terlalu kurang karbo tu dah jd cam 1 kategori yg normal, kategori cukup karbo dah jd kategori yg berlebihan, terlebih karbo xtau nak masuk kategori apa. :D.

  8. pasal insulin spike kena tau sebab apa ia terjadi…
    kena tau apa itu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks..
    kena tau juga apa perbezaan jenis karbohidrat ini…

    ps: pengamal atkiners malaysia terlalu jarang nak ambik tau pasal karbo kompleks…

  9. susah2 aje biar lah pengikut atkin xpayah makan apa2 selama sebulan.tengok hasilnya pasti kurus benar.kurus mcm rakyat somalia hahahahah.nak sgt xnak mkn nasi…

  10. John Cena says:

    Salam. terbaik la dato. blog yg banyak memberi manfaat. beli buku pun takda complete detail mcm yg dato tulis nie. teruskan usaha.

  11. kimi kurnia says:

    dulu pun saya pengikut diet atkins..saya dah turun 10 kg dalam masa 3 bulan . saya just follow dalam masa 4 bulan saja..susah jugak..asyik makan lauk jer. nasi jarang sentuh..jika amik pun satu sudu jer. lastly saya decide xmo ikut lagi diet atkin sebab sy rasa kurang tenaga lebih 2 lagi bila saya workout di gym..kini saya dah mula ambil nasi sbg makan harian.

  12. I dah try atkins, SD2…result? Hampeh…Baik diet sendri mcm blog ni….lagi cepat turun…diet atkins tu bila tiba2 rasa nak brenti kannnn….akibatnya…non stop eating….tenaga xde…nasib baik kije duduk je….

  13. hafizudin says:

    salam dato..adakah merbahaya pada tubuh badan saya jika saya menukar jenis brand protein saya, saya bercadang ingin ambil ON sebelum Ini menggunakan Gaspari nutrition?

  14. Sy pon bru bermula dengan atkin ni without pengambilan SSD2 or Herbalife..So far Alhamdulilah from 96 now 87 bru je genap sebulan 1 mggu..

    Pda sya la..nak diet ni kena cekalkan disiplin diri je..xkisah nak amalkan low karbohidrat ke low fat ke yang penting disiplin diri tuh..Pada sy dua2 kaedah ni berhasil kn..

    So keep going with our method <3

  15. safwan.amran says:

    Bro, sy ada baca satu artikel psl karbohidrat ni.. betul ke lebihan karbohidrat yg tidak dibakar jarang sekali atau boleh dikatakan mustahil akan ditukar kpd lemak? pening jugak, org kata kalo lebih karbohidrat nnt tukar jadi lemak…

    1. tak kira apa, karbo, lemak, protein, kalau lebih, boleh disimpan.

  16. Saya setuju dengan artikel ni. Ramai yang konfius ingatkan karbo menjadi punca kegemokan. Sebenarnya, kemalasan dan pemakanan yang tak terurus adalah PUNCA UTAMA kegemukan.

    Sememangnya kita perlu tingkatkan resistance training untuk menambah otot. Dengan penambahan otot, kadar resting metabolic rate akan meningkat..dan badan akan bakar lemak dengan lebih mudah.

  17. mohd zaid says:

    Dato’, sy ada bc gak sket pasal ketosis ni. Apabila berlaku ketosis, paras ketone dalam badan akan meningkat. ketone yg tinggi biasa dialami oleh penghidap diabetes. So, atkins diet ni mmg bahaya la..btol ke dato’?

    1. saya tak galakkan atkins. ketones tinggi bila depending tenaga pada sumber protein.

Leave a Reply to hafizudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: