Bakat Baru Bola Sepak Malaysia, Ariff Zulkifly Jan03

Kongsi

Bakat Baru Bola Sepak Malaysia, Ariff Zulkifly

Muhd Ariff bin Zulkifly dilahirkan pada 1 Mei 1993 merupakan bakat baru dalam dunia bola sepak Malaysia yang mana saya kira harus diperhatikan. Ariff telah mewakili Malaysia sejak berumur 12 tahun lagi. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk bermain di luar negara suatu hari nanti.

NASC 2015

Ariff bukan sahaja pandai bermain bola tetapi juga merupakan pelajar cemerlang. Pernah mengikuti latihan di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Loius Saha. Caps untuk Malaysia melebihi 30 caps. Ketika berusia 10 hingga 12 tahun bermain untuk posisi striker. Usia 12 hingga 12 bermain untuk midfield dan kini daripada usia 15 bermain untuk centreback. Ariff merupakan bekas kapten Pasukan Malaysia U-17.

Tahun 2011 Ariff bermain untuk Pasukan Harimau Muda B yang mengambil bahagian dalam Liga Perdana Malaysia dan akan bermain sebagai kapten Selangor untuk Piala Presiden bermula 26 Januari 2012. Ariff menyasarkan untuk ke Akedemi Ole, New Zealand pada bulan 3 ini untuk mendapatkan latihan di sana dan berharapan untuk menjadi pemain profesional di kelab luar.

Saya di hubungi oleh abangnya, Effendy yang kini bertindak sebagai pengurusnya dimana dia menggunakan blog Zaki Khan sebagai rujukan latihan. Saya berbesar hati sekiranya dapat menjadi jurulatih strength and conditioning untuk Ariff.

Ariff: Mungkin saya tak dikurniakan bakat semula jadi seperti Nazmi Faiz, susuk tubuh sekental Fadli Shas, dan sehebat Mahali Jasuli…tapi saya boleh jamin yang saya adalah player yang berusaha 4 ke 5 kali ganda lebih kuat dari mereka, sebab saya sedar siapa saya..tiada jalan mudah untuk berjaya, hanye work hard menjadi penjamin.

Boleh dapatkan info lanjut mengenai Ariff di:

Fan Page
http://www.facebook.com/pages/Ariff-Zulkifly_5-Official/256812657718011?sk=wall

Blog
http://soccerfighter.blogspot.com/

Wikipedia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhd_Ariff_Bin_Zulkifly

Liputan di Surat Khabar Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/AriffperluRM14_000/Article

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini