Barracuda Mar17

Kongsi

Barracuda

Terdapat seekor ikan barracuda gergasi di lautan mediterranean. Ia adalah seekor pemangsa yang sangat hebat di lautan. Ia dikenali dengan saiz yang besar dan rupa yang menakutkan. Sekali dia buka mulut, boleh makan beratus ikan sardin.

Kursus Kecergasan 2017Suatu hari, ikan barracuda ini ditangkap oleh sekumpulan manusia yang ingin menjalankan kajian. Ikan barracuda ini diletakkan di dalam sebuah akuarium kaca dan dipertontonkan kepada umum. Ia tidak diberi makan. Pada hari pertama, ia berpusing-pusing di dalam akuarium untuk menunjukkan kegagahan dia.

Apabila masuk hari kedua, dia mula keletihan dan mula pusing berlahan dan akhir duduk di satu penjuru dan tidak bergerak lagi. Dia keletihan kerana tidak diberi makanan. Masuk hari ketiga, dia semakin letih dan hanya duduk di penjuru tidak bergerak. Masuk hari keempat, kumpulan manusia yang menangkapnya meletakkan satu cermin tebal di dalam akuarium itu , membahagi ruang tanpa disedarinya Kemudian mereka memasukkan beratus ikan sardin ke dalam ruang berasingan itu.

Ikan barracuda yang kelaparan itu terus meluru ke arah ikan itu lalu cuba memakan kesemua ikan itu. Tetapi dia berlanggar dengan cermin itu. Dia mula merasa pelik. Dia tidak mahu berputus asa, dia melakukan beberapa pusingan untuk menambah kelajuannya dan sekali lagi berlanggar dengan cermin itu. Lebam mukanya akibat 2 kali perlanggaran, tetapi akibat kelaparan, dia mula buat pusingan lagi, kali ini lebih lama, dan sekali lagi berlanggar dengan cermin itu, sehingga giginya mula patah.

Setelah tiga kali percubaan, dia gagal mendapatkan makanan kegemarannya. Lalu dia kecewa dan kembali ke tempat asalnya dan duduk di satu penjuru tidak bergerak. Dia bukan sahaja letih kerana tidak diberi makan tetapi juga kecewa kerana tidak dapat makan makanan kegemarannya walaupun dia boleh melihatnya. Sekumpulan manusia ini mengeluarkan ikan sardin itu berserta cermin itu.

Pada hari kelima, sekumpulan manusia ini memasukkan kembali ratusan ikan sardin dan kali ini tanpa cermin. Ikan barracuda ini tidak bergerak dari tempatnya. Dia sudah kecewa untuk mencuba. Ikan sardin lalu di sebelahnya pun, dia boleh buat tak tahu.

Kenapa saya bercerita pasal ikan barracuda hari ini? Bukan nak suruh diet makan ikan barracuda tetapi nak beritahu, inilah realiti kita hari ini. Kita mencuba dan gagal. Kita mencuba lagi dan gagal. Kita mencuba lagi dan gagal. Akhirnya kecewa dan berputus asa mahu mencuba lagi. Tidak kira dalam diet atau dalam hidup, ramai yang kecewa kerana gagal dan tidak mahu mencuba lagi. Tahukah anda Thomas Edison gagal beribu kali sebelum berjaya mencipta filamen lampu? Cermin itu ibarat halangan yang timbul dalam usaha kita ke arah sesuatu atau dalam kehidupan. Adakah anda tidak mampu mengharungi halangan itu?

Goal Remain, Method Change

Pernah dengar ungkapan ‘goal remain, method change‘? Matlamat sama, tapi cara berubah. Mungkin cara yang digunakan kita sebelum ini tidak kena dengan diri kita dan perlu diubah. Jangan lah berulang kali menggunakan cara sama dan akhirnya tetap gagal. Adakah anda seperti ikan barracuda itu?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube