“eee… badan berbau!”

Pernah jumpa seseorang yang badannya berbau teruk selepas bersenam? atau mungkin sepanjang masa? atau mungkin diri sendiri berbau tapi tak sedar-sedar?

Kenapa berbau? ada beberapa kemungkinan. Jom kita lihat.

Bau Badan Teruk

1. Tak Suka Mandi – Ada spesis memang tak suka mandi. Seminggu tak mandi pun tak rasa apa. Kategori ini memang sukar dibantu. Kenapa manusia berbau jika tak mandi? Kalau kita tengok sesetengah binatang mengekalkan baunya walaupun tak mandi sekitar seminggu. Manusia ada lebih daripada 1 trillion mikroorganisma yang mana kebanyakan di sekitar kulit. Perbezaan manusia dengan haiwan, kebanyakan daripada manusia berpakaian. Ada sesetengah sahaja masih bercawat. Dulu di hutan, kini menular di bandar (di pusat beli belah). :). Apabila berpeluh, bakteria dan fungi terperap. Ia bergantung juga kepada jenis material yang dipakainya. Ada yang menyerap dan menyebabkan bau kurang menyenangkan lambat timbul. Ia juga bergantung pada persekitaran. Jika di negara sejuk yang kurang berpeluh. Mungkin sebulan sekali mandi pun tak jadi masalah. Kita tengok contoh mudah. Apabila memakai kasut, kaki lebih mudah berbau busuk berbanding menggunakan selipar dengan permukaan terbuka.

2. Tekanan – Peluh yang dirembeskan ketika tekanan berbau sangat teruk. Ia dikeluarkan oleh kelenjar apocrine. Kelenjar ini merembes peluh yang mengandungi lemak dan protein yang menarik minat bakteria untuk hidup. Ia boleh jadi juga disebabkan senaman atau cuaca terlalu panas.

3. Genetik – Ada sesetengah orang memang dilahirkan dengan genetik yang menimbulkan bau. 10 hingga 15 peratus dilahirkan dengan kaki extra odor. Kakinya menjadi perumah kepada bakteria yang dipanggil micrococcus sedentarius. Ada juga yang terikat dengan genetik yang dibentuk dalam tempoh melebihi 35 tahun. Sebagai contoh, generasi sebelum ini mengamalkan pemakanan makanan yang menimbulkan bau, ada kemungkinan ia akan mengikut generasi akan datang. Corak ini biasa dibentuk oleh amalan berterusan. Ada satu lagi istilah genetik yang dipanggil trimethylaminuria, dimana badan badan sukar memecahkan bahan kimia trimethylamine. Trimethylamine beri badan seolah-olah bau ikan.

4. Pakaian Kegemaran – Majoriti daripada kita, ada pakaian kegemaran yang tidak suka ditukar. Kalau pakai satu baju itu, itu sahajalah baju yang ditukar pakai walaupun dalam almari penuh baju. Masalah pada baju tak seteruk pada ‘pakaian dalam’ kegemaran. Ada sesetengah orang gemar pakai underware atau bra yang sama sahaja. Ia boleh menggalakkan pengumpulan bakteria dan akhirnya menyebabkan bau terkumpul di fabrik yang biasa dipakainya.

5. Pemakanan – Terdapat banyak makanan yang menimbulkan bau kurang enak. Antaranya yang popular dalam diet di Malaysia adalah bawang dan makanan berempah. Jika kita lihat daripada kaum contohnya, kaum India dan Melayu yang biasa makan makanan berempah lebih menimbulkan bau badan. Pemakanan boleh dikawal dengan melimitkan makanan kegemaran dan makan lebih kepada keperluan. Diet rendah karbohidrat juga biasa jadi penyebab badan berbau.Kursus Kecergasan 2024

6. Alkohol – Ada ke alkohol berbau wangi? Apabila dicampur dengan lemak baru menjadikan minyak wangi. Mereka yang kuat minum alkohol boleh dikesan dengan nafas berbau. Cuma perlu diingatkan, bukan semua nafas berbau disebabkan minum alkohol. Tak kira jenis apa yang diminum samada beer, thousand island, liker dan sebagainya, ia tetap menghasilkan bau.

7. Diabetes – Seseorang yang badan berbau juga mungkin menghidap diabetes. Ia disebabkan diabetic ketoacidosis. Apabila insulin kurang dirembeskan, badan akan mula pecahkan lemak yang mana akan hasilkan ketones. Mereka yang amalkan diet atkin juga biasanya memiliki bau yang kurang menyenangkan.

8. Keremajaan – Masalah bau badan tidak timbul ketika masih kecil. Ketika bayi, sedap dihidu. Apabila masuk akil baligh, badan mula menambah hormon yang dipanggil androgen.

9. Faktor lain – Terdapat beberapa faktor lain yang saya tidak masukkan termasuk gaya hidup, seksual dan pengambilan ubat atau makanan tambahan.

Rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Body_odor
http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/reduce-body-odor

Dapatkan topeng gas ini sekiranya pasangan anda berbau.
Dapatkan topeng gas ini sekiranya pasangan anda berbau.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

3 thoughts on “Bau Badan

  1. Tgk dato’ letak gambar mask tu tetiba nk tanya. Kasi review skit pasal elevation traing mask yg dato’ guna tu boleh? Tq

  2. Kalau badan berbau boleh cuba Magic Blue.
    Saya dan isteri – sekali spray terus jatuh hati!
    magicblue.ik.my/2479

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: