Bebanan Bebas VS Mesin Sep30

Kongsi

Bebanan Bebas VS Mesin

Debat yang tak pernah habis dikalangan pakar dalam bidang kecergasan dan pengamal, bebanan bebas (free weight) dengan mesin , yang mana lebih baik?

NASC 2015


Anda tidak perlu memilih salah satu, pilihlah kedua-duanya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan antara kedua-duanya dan memahami perbezaan ini boleh membantu anda membuat pilihan dan susunan rutin latihan bebanan anda.

Kelebihan Mesin

Mesin biasanya pilihan pertama peralatan bagi mereka yang masih baru dalam latihan bebanan. Mesin direka untuk memberi gerakan yang betul dengan had pergerakan tertentu. Ianya juga menyasarkan otot tertentu dengan isolasi dan mengurangkan penggunaan otot sekunder, juga otot yang menstabilkan badan.

Menggunakan mesin juga, anda boleh angkat lebih berat kerana kebanyakan otot kecil yang bertindak menstabilkan (stabilizer) tidak terlibat. Otot-otot yang menstabilkan ini biasanya menghalang anda melakukan lebihan bebanan kerana tidak cukup kuat. Mesin secara amnya membantu anda menambah kekuatan.

Keburukan Mesin

Masalah yang paling dikatakan adalah ia tidak melibatkan otot stabilizer yang mana dalam masa sama tidak membentuk kekuatan core sebaik bebanan bebas. Core adalah rangkaian otot yang terlibat di tengah badan yang menstabilkan tulang belakang termasuk pinggang, pelvis termasuk bahu yang mana menjadi asas kepada pergerakan. Bila menggunakan mesin, anda tidak menggunakan bahagian ini untuk menstabilkan badan anda. Semakin hari, ia akan membentuk kelemahan dan ketidakseimbangan yang mana akhirnya mungkin membawa kepada kecederaan.

Mesin juga tidak effektif membentuk otot-otot kecil dan tisu-tisu sambungan seperti rotator cuff yang mana menstabilkan bahu dan pergerakan di bahu. Mesin juga tidak menggunakan tenaga yang banyak berbanding dengan bebanan bebas yang mana sekaligus mengurangkan pembakaran kalori.

Kelebihan Bebanan Bebas

Kebanyakan latihan bebanan bebas termasuk dalam kategori senaman kompoun yang mana melibatkan banyak otot dan lebih dari satu sendi. Sebagai contoh, pergerakan dumbbell press melibatkan bukan sahaja otot dada tetapi juga bahu, trisep, pinggang, perut dan kaki sebagai stabilizer.

Bebanan bebas juga melibatkan gerakan penuh juga dilakukan dengan betul. Bebanan bebas juga sesuai menepati prinsip perbezaan individu. Tiada manusia direka serupa, hampir serupa itu mungkin. Senaman menggunakan mesin akan memberi latihan dan gerakan serupa tetapi menggunakan bebanan bebas akan memberi kelainan mengikut perbezaan individu.

Bebanan bebas juga sesuai untuk sesetengah kes kecederaan yang memerlukan sudut berlainan untuk mengerjakan sesuatu otot. Mesin melimitkan sudut tersebut.

Keburukan Bebanan Bebas

Keburukan terbesar adalah, kemungkinan tidak menggunakan cara yang betul yang mana mungkin boleh menyebabkan kecederaan. Seeloknya dapatkan bantuan jurulatih untuk mendapatkan cara yang betul melakukan sesuatu gerakan tersebut.

Penggunaan bebanan bebas juga melimitkan beban yang diangkat berbanding mesin. Mungkin baik kerana ia menghalang daripada kecederaan dan boleh mengangkat mengikut keadaan badan, tetapi untuk mereka seperti atlet, mereka memerlukan ansur maju dalam setiap latihan yang dibuat dalam masa yang cepat.

Mesin Cable

Terdapat mesin cable yang memberi kelebihan mesin dan bebanan bebas. Mesin seperti freemotion memberi ruang untuk anda mengubahkan jarak pergerakan berbanding mesin yang telah ditetapkan kedudukannya. Mesin cable juga menguatkan otot stabilizer berbanding dengan mesin biasa. Mesin cable juga kekadang lebih baik daripada mesin dan bebanan bebas.

Kesimpulan

Pelbagaikan latihan anda. Jika dibanding pada zaman Arnold Schwarzenegger dan sekarang, mungkin dulu kurang mesin, jadi kebanyakan lebih tertumpu pada bebanan bebas. Kini terdapat pelbagai mesin, pelbagai kemudahan, pelbagaikan, campurkan mengikut kesesuaian latihan anda.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini