Benarkah Air Alkali Baik untuk Badan? Jul29

Kongsi

Benarkah Air Alkali Baik untuk Badan?

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok penjualan air alkali dan ‘ionized’ semakin rancak. Air ini dijual dengan harga mencecah belasan ringgit sebotol dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan air ini baik untuk kesihatan, baik untuk segala macam penyakit dan sebagainya. Adakah ianya terbukti secara sainstifik atau cuma pseudosainstifik?

Kebaikan Air Alkali, betul ke

Saya yakin, ramai terpengaruh dengan dakwaan, air alkali yang diionkan ini dapat meneutralkan asid dalam badan kita berikutan apa yang kita makan majoritinya asid. Mengikut teorinya, apabila air alkali masuk dalam badan, ia akan meneutralkan asid dalam perut ‘seketika’. Ingat ye, ‘seketika’. Kenapa seketika? Badan kita akan menghasilkan asid baru untuk melawan disebabkan asid itu diperlukan untuk penghadaman. Sains dalam badan kita tidak semudah eksperimen di sekolah, asid + alkali = neutral.

Apa maksud air berasid dan beralkali? Secara amnya, apabila lebih ion hidrogen ia jadi asidik, apabila kurang ion hidrogen ia jadi alkali. pH 7.0 neutral. Jika pH berubah jadi 7.5 pun ia kategori alkali. Apabila diuji dengan bahan penguji, ia boleh berubah warna. Air alkali boleh terhasil dengan pelbagai cara termasuk dengan menambah baking soda atau tambah apa-apa mineral alkali ke dalamnya. Jadi mudah untuk menipu ujian air alkali. Ia boleh mengubah warna iodin.Manakala air alkali yang diionkan pula dihasilkan melalui proses elektrolisis. Jika kita lihat kebanyakan mesin menghasilkan air alkali di rumah, ia cuma melalukan air tersebut dengan mineral beralkali. Jadi, ianya bukan diionkan seperti dalam proses elektrolisis.

Air alkali dikatakan bertindak sebagai anti-oksida. Ia sebenarnya adalah agen pengoksidaan. Hypochlorites hadir dalam air jenis ini merupakan agen pengoksidaan.

“Minum air alkali ini menyebabkan saya rasa lebih baik”

Dakwaan sebegini sentiasa dimasukkan dalam testimoni produk. Ia boleh dikategorikan sebagai kesan placebo. Kajian menunjukkan kesan placebo produk adalah sekitar 40 peratus. Dalam kata lain, jika anda percaya sesuatu produk, atau percaya pada penjualnya, ada kemungkinan ia akan berkesan dan kesan ini mencecah 40 peratus. Dan paling penting, anda dah bayar mahal untuk dapatkan sebotol air ini. Itu pun kalau sebotol. Kalau 100 botol? Nak taknak kena berjaya. Kalau tak, rugi rasanya.

NASC 2015

Ia boleh jadi juga disebabkan faktor lain seperti kehadiran hypochlorite yang mungkin bertindak membunuh organisma yang tidak diperlukan dalam usus. Kajian lebih lanjut diperlukan. 1 lagi kemungkinan adalah hypochlorous acid HOCI yang hadir bersama hypochlorite merupakan pencetus proses selular yang mengelakkan mutasi susunan DNA kanser. Juga perlukan kajian lanjut. Kemungkinan besar sebenarnya adalah kesan placebo.

Kesimpulannya, tiada bukti sainstifik menunjukkan keberkesanan air alkali seperti didakwa. Jika anda rasa anda perlukan air alkali, anda tidak perlu belanjakan duit yang banyak untuk beli air dalam botol yang mahal atau mendapatkan mesinnya. Anda hanya perlu dapatkan buah seperti buah lemon dan masukkan ke dalam air, jadilah air beralkali.

“Ada juga produk air alkali dijadikan MLM”

Air Alkali

Rujukan
http://www.purative.com/2012/01/scientists-say-dont-be-duped-by-alkaline-water/
http://www.chem1.com/CQ/ionbunk.html

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini