Bentuk Badan VS Metabolisme
Sebelum ini saya pernah bercerita pasal bentuk badan manusia yang dikategori dalam 3 kategori iaitu mesomorph, endomorph dan ectomorph dalam entri Bentuk Badan. Kenapa kita perlu kenali bentuk badan kita sebelum memulakan sesuatu program diet? Bentuk badan kita mencadangkan kelenjar mana yang mengawal kadar metabolisme badan kita. Ada 4 kelenjar yang mengawal kadar metabolisme badan kita iaitu:
1. Thyroid
2. Adrenal
3. Gonadal
4. Pituiary (kelenjar di bawah otak)
Jenis Thyroid
Mereka dalam kategori thyroid cenderung naik lemak di bahagian pinggang, atas pinggang dan peha. Pendekatan yang terbaik bagi jenis ini adalah mengawal kemasukan gula dan meningkatkan daya tahan otot.
Jenis Adrenal
Mereka dalam kategori ini cenderung menambah lemak di bahagian belakang atas, buah dada dan perut. Pendekatan terbaik adalah melalui latihan regangan dan latihan hipertrofi.
Jenis Gonadal
Mereka cenderung menambah lemak di bahagian bawah badan menjadi bentuk pir, bawah besar dan atas kecil. Perlu lebihkan latihan bahagian bawah badan.
Jenis Pituitary
Mereka dalam kategori ini menambah berat badan secara akumulasi ke seluruh badan. Latihan yang sesuai adalah jenis kekuatan dan hipertrofi.
(Terdapat juga kajian yang memecahkan bentuk badan kepada 25 jenis)
Topik ini dimasukkan atas permintaan seseorang. Hari ini cuma pengenalan dahulu disebabkan saya terkejar2 dengan pelbagai program minggu ini. Sukma ke 14 sedang berlangsung. dalam masa sama saya akan ke thailand then terus ke vietnam. InsyAllah saya akan detailkan pasal diet, latihan di dalam entri seterusnya.
bro antara 2 faktor ni yg mane lbh penting..
1. permakanan
2. latihan beban (senaman)
untuk jadi kn bdan cantik…
pemakanan boleh dikatakan 2/3 daripada proses. kalau training hebat camna pun, kalau x jaga makan, sgt susah
oo so boleh d kate kn workout 30% n diet 70% untuk dapt kn badan yg cantik… mcm mne stuju?
kalau jay cutler plak, dia kata dari pecahan workout tu. 95% imagination, 5% only workout. 😀
perghhh…my idol..jay cutler=)
x minat jay cutler, cuma minat apa yg dia ckp. 😀
menarik ni
nurul yg mana 1? 😀
betullah pasal bentuk badan tu…thanks..berguna sangat
:p
wahhhhh lps ni berimiginasi jer laaaa dalam gym huhuhuhu
ada crita dia kenapa jay cutler ckp camtu. nantikan entri special pasal tu. kalau sempat ari ni.:D
terima kasih banyak2 dato ngan entry lengkap ni…rupanya jenis makanan memang mempengaruhi bentuk badan (shape) seseorang selain training yg dilakukan..credit to you!
x lengkap ni. ni saja sebagai info dulu. nanti detail kan lg. x sempat lg minggu ni. esok dah ke vietnam
ok tq dato…kalau tak keberatan tnjukkan sekali cara diet dan latihan yg berbeza utk bntuk badan yg berlainan seperti muskular, ripped, Shredded dan lain2
insyAllah. sy cuba usahakan dlm minggu depan
mmg betul sbb ada sorang jaguh bina badan pernah cakap kat saya lebih kurang macam ni la dia kata “apa yang ko makan tu la yang jadi pada badan ko” contoh kalau makan karipap jadi macam karipap la badan begitu la agagknya hahahahahahaha
btul. tu tunjukkan pemakanan tu sgt penting
komen dari dr alvind rajloo:
Zaki Khan’s bentuk badan dan metabolisma is an interesting subject in Exercise Science. Just to share a few tips here:
Endomorph: High activation of the digestive system
Mesomorph: High activation of the circulatory system
Ectomorph: High activation of the nervous system
Understanding this subjects enables the fitness professional to design sucessful exercise regimes.
terjemahanya bro huhuhu
maksudnya kalau jenis endomorph ni pengaktifannya sgt tinggi daripada sistem pencernaan. mesomorph sistem salur darah. ectomorph sistem saraf. endo cerna makanan dan tidak digunakan disimpan sebagai lemak. jd endo senang gemuk. meso cekap dlm circulation utk sampaikan apa yg diperlukan. bdn perlu protein dia supply protein. ecto dlm sistem saraf, peka. n menggunakan hampir kesemua yg dimakan. high metabolisme. nanti sy cuba detailkan lg dlm entri. minggu ni agak sibuk dgn pelbagai aktiviti.
jenis pituitary sy ni.sama saiz ngan anak.suka manis bila nak period ja,pastu,mmg x gemar sgt
nasib cuma time nak period je. senang lg nak control diet. :p
Salam bro, nak tanya ni. Saya ni mkn bleh kata banyak juga lah sebab tu badan cepat naik. Cuma masalah saya adalah, saya ni susah sangat nk membuang… x mcm kawan sy tu, mkn x byk ke atau byk tapi tiap2 hari dia membuang… adakah ini sebab metabolism saya kurang?
kalau kes seperti ini baru bleh syorkan fibre. tambahkan pengambilan fibre dlm makanan dulu. lepas tu tgk hasilnya.
fiber? apakah contoh2 fiber yg patut saya ambil? boleh tak bro bagi pandangan mengenai Nestle Blizz… kalau bro boleh buka entry baru tentang Blizz ni pon ok juga. Sebab ramai yg amik cabaran 14 hari Nestle Blizz ni katanya penghadaman semakin baik…
contoh fiber yg senang cam buah, sayur, oat, dll. nestle bliss tu yogurt yg ada sedikit fiber. sesuai dimasukkan dlm diet. actually program nestle blizz 14 hari tu agak mudah. cuma masukkan 2 serving nestle blizz setiap hari. program ni lebih pada promote product sbenarnya. utk promote nestle blizz elok utk penghadaman dll. kalau buka entri special seolah2 dah promote product.
bro, mcm saya plak.. sy bleh dikatakan tiap2 mlm workout.. sengah jam sebelum workout n after workout sy minum protein whey.. pastu tiap2 pg nak mandi tu mesti buang air besar.. tp sy kurang makan sbb ngah diet.. nape leh jd mcm tu ek? sbb protein whey tu x meresap dlm bdn ke?
kat mana masalahnya tu? normal utk buang air besar. jika tak buang air besar baru x normal
Jenis Thyroid
“Mereka dalam kategori thyroid cenderung naik lemak di bahagian pinggang, atas pinggang dan peha. Pendekatan yang terbaik bagi jenis ini adalah mengawal kemasukan gula dan meningkatkan daya tahan otot.”
soalan saya : Apakah yg dimaksudkan ngn meningkatkan daya tahan otot tu dato. tq.
daya tahan otot = endurance = stamina
salam dato, kenapa kebanyakan orang laki bila dah kawen maka berat badan naik,perut boroi pdhal sblum tu tubuh dia kurus kering?
hati senang. metabolisme drop. kekacauan hormon dll faktor.
tp yg paling ketara, hati senang, makan lebih.
faktor hormon dll hanya penyumbang.
kalau tau jaga, x naik perut tu
assalamualaikum….,ble x bg address gym ?n berapa yuran bulanan dia?tq..
info gym boleh check di http://www.firegym.com.my
Smkm dato.sya nak bertanya la.badan saya nie boleh katakan kategori kurus jugak la.saya selalu angkat berat xp kenapa badan saya susah nak naik.supplement sy x ambik.makan 3 kali sehari.lauk saya hanya nasi ayam dan kuah syur skit tu pun kalo nak.nak kate ari2 saya membuang.orang cakap kalo ari2 membuang penghadaman elok.xp knape x leh naik badan.ada tips x untuk orang macm saya nie.ha macam jadual workout saya kekadng saya buat kekadng x buat.
3 kali mungkin kalori tak cukup. paling penting nak besarkan badan kalori perlu lebih tinggi daripada keperluan. utk hard gainer cuba aim 30% lebih drpd keperluan. ambil kira faktor high metabolisme.
Salam dato
sy dlu gemuk.slepas diet…bdn jd mengeleber d bwah lengan,perut n paha..sy plan nk join bina bdan.blh bg tips
amik masa yg lama utk betulkan. cuba tgk http://strengthsifoo.com/kesan-calar/