Bentuk Badan

Kita ke anatomi badan. Kenapa perlu tahu anatomi? Pernah 1 hari, saya bagi talk, bercerita pasal train calf, boleh plak ada yang tunjuk calf itu shoulder. :D. Terdapat 3 jenis bentuk badan. Bentuk badan ini tidak boleh diubah walaupun bagaimana kita berlatih sekalipun. Tak kira apa jenis, kita masih boleh membentuk, turunkan berat jika mengikut garis panduan yang betul.

Mesomorph – Mereka yang berotot dengan bahu yang luas, pinggang yang kecil, badan berbentuk atlet, rendah kandungan lemak dan tinggi kadar metabolisme

Kursus Kecergasan 2024

Ectomorph – Mereka yang kurus, berotot kecil, kadar metabolisme terlalu tinggi, rendah kandungan lemak, bahu yang kecil

Endomorph – Mereka yang bertulang besar dengan muka yang bulat, badan yang lembut, pinggul dan pinggang yang besar, rendah kadar metabolisme, tinggi kandungan lemak.

Anda dalam kategori mana?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Bentuk Badan

  1. Salam Dato’

    Mcm mne nk tau bdn kita dlm kategori mana?

  2. Blh tak dato tlong tnjukkn gmbr mcm mn peratus lemak badan seseorang.10% lemak body fat mcm mn,20% mcm mn,30%,50%,100% mcm mn hehe.sbb sy sndri x tau berapa peratus lemak pd bdn sy.jd sy nakkn contoh gambar drpd dato zaki utk panduan sy.terima kasih.

    1. dlm komen tak boleh nak masukkan gambar. nanti saya cuba buat dlm entri.

  3. Assalamualaikum tuan.

    Apakah senaman/workout terbaik untuk endomorph bagi mendapatkan otot?

    Saya mempunyai berat badan yang berlebihan dan telah memulakan workout sejak aidilfitri 2015. Kini berat badan saya telah mencapai 100kg daripada 111kg. Saya juga mungkin kategori gemuk air.

    Untuk pengetahun tuan, saya juga ada mengambil produk makanan tambahan seperti pre workout, whey, intra dan fat burner.

    Sasaran saya adalah untuk mendapatkan badan seperti model fitness.

    Mohon bantuan tuan.

    1. wslm. senaman ikut sistem yang sama. cuba pecahan pemakanan berbeza. endo 30 carb, 50 protein dan 20 lemak.

  4. Salam, dato, sya nk tanya betul kh x smue bdan cuma 100% stu type? Mesti ada mix ecto atau endo mcm tu?

    LgI stu sya ectomorph dato, nk tnya metabolisme bdn boleh di kurang kn ke atau x? Sbb bdn ssh sgt nk naik

    Tq dato….

    1. ya, biasanya ada mix. metabolisme bergantung pada beberapa factor termasuk otot, dan paras tirosine dlm bdn.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: