Bentuk Kuku Nov15

Kongsi

Bentuk Kuku

Perasan atau tidak, biasanya di hospital, ada doktor yang periksa bentuk kuku pesakit? Dalam perubatan, bentuk kuku dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan terutama jantung dan paru-paru. Kaedah ini direkodkan oleh Hippocrates yang mengaitkannya dengan tanda-tanda penyakit.

Clubbed (Schamroth)

Clubbing ataupun bentuk kuku yang membengkok adalah posisi dimana sudut Lovibond bertambah. Cara mudah menentukan menentukan adalah merapat kuku antara 2 jari yang serupa, jika ada ruang bentuk diamond, bermaksud kuku itu normal. Lihat rajah di bawah. Kategori ini dipanggil tanda-tanda Schamroth.

Jenis kuku begini dikaitkan dengan sakit:

• Pulmonari dan Masalah Jantung (80 peratus kebarangkalian)
Masalah berkaitan pulmonari termasuk kanser paru-paru, pulmonik bernanah, fibrosis paru-paru, sarcoidosis, keracunan berilium, pulmonary arteriovenous fistula, subacute bacterial endocarditis, jangkitan salur darah, aortic aneurysm
• Masalah Gastrointestinal (5 peratus kebarangkalian)
Masalah gastrointestinal termasuk inflammatory bowel disease, spure, neoplasms di esofagus, hati dan sistem penghadaman.
Hyperthyroidism (1 peratus kebarangkalian)

Bentuk-Kuku

Koilonychia

Kuku mengikut bentuk sudu. Biasanya jadi pada kanak-kanak. Cara menentukan adalah dengan menuang air dan jika ada air menakung, dikategorikan masuk kategori kuku bentuk sudu.

Jenis kuku begini dikaitkan dengan sakit:

• Kekurangan zat besi
Diabetes Mellitus
• Kekurangan protein yang mengandungi sulfur seperti cysteine atau methionine
• Terdedah pada bahan peluntur
Systemic lupus erythematosus
Raynaud’s disease

Bentuk-kuku-penyakit

Beau’s Growth Arrest Line

Pernah tengok kuku yang seolah-olah terbelah dan berlapis-lapis. Kategori ini juga dikaitkan dengan beberapa masalah akut seperti:

• Jangkitan
Myocardial infarction
Hypotension (tekanan darah rendah), kejutan
Hypocalcemia
• Pembedahan

Beau-growth-line

Thin Brittle Nails

Kuku yang terlalu nipis dikaitkan dengan masalah:

Metabolic bone disease, osteopenia
• Masalah thyroid
Systemic amyloidosis
• Kekurangan nutrisiKursus Kecergasan 2017

Onychorrhexis

Onychorrhexis adalah keadaan jari bergaris-garis. Ia mungkin simptom penuaan, akan tetapi juga boleh jadi simptom:

Rheumatoid arthritis
Peripheral vascular disease
Lichen planus
Darier’s disease
• Kekurangan zat besi, asid folik, protein

Onychorrhexis

Central Nail Canal (Median Nail Dystrophy)

Kuku terbahagi dua, dalam bentuk garisan juga. Ia dikaitkan dengan:

Severe arterial disease
• Kekurangan nutrisi
• Trauma berulang

Central-Nail-Canal

Nail Pitting

Kuku seperti ditebuk. Ia mungkin disebabkan:

Psoriasis
Alopecia areata
Eczema
Lichen planus

Nail-Pitting

Nail Beading

Kuku seperti jatuh. Ia dikaitkan dengan masalah sistem endocrine seperti:

Diabetes mellitus
• Masalah thyroid
Addison disease
• Kekurangan vitamin B

Nail-Beading

Permukaan Kuku Kasar

Permukaan kuku sepatutnya licin. Jika ianya kasar, ia boleh dikaitkan dengan masalah seperti:

• Masalah imunisasi
Psoriasis
• Terdedah pada bahan kimia
Lichen planus

Kuku Menebal

Kuku menebal dikaitkan dengan:

Onychomycosis
Chronic eczema
Peripheral vascular disease
Yellow nail syndrome
Psoriasis

Onycholysis

Onycholysis adalah keadaan dimana kuku terbuka sebahagian. Ia dikaitkan dengan:

Thyrotoxicosis
Psoriasis
• Trauma
Contact dermatitis
Tetracycline
Eczema
• Terdedah pada bahan toksik
• Masalah imunisasi
Porphyria cutanea tarda

Onycholysis

Severe Nail Curvature

Ia seolah-olah sama seperti clubbed akan tetapi sangat kritikal lengkungannya. Ia dikaitkan dengan masalah:

Hyperparathyroidism
• Kegagalan buah pinggang
Psoriasis
Systemic sclerosis

ZK: Tak kira apa bentuk kuku sekali pun, dapatkan pengesahan melalui ujian susulan.

Rujukan
http://www.lungindia.com/article.asp?issn=0970-2113;year=2012;volume=29;issue=4;spage=354;epage=362;aulast=Sarkar
http://en.wikipedia.org/wiki/Nail_clubbing
http://www.healthline.com/health/clubbing-of-the-fingers-or-toes
http://emedicine.medscape.com/article/1105946-overview

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube