Berapa Besar? Apr20

Kongsi

Berapa Besar?

Berapa besar seseorang boleh membesar tanpa steroid?

Ramai yang tanya soalan ini. Berapa besar mereka boleh pergi tanpa menggunakan bahan terlarang. Tanpa kehadiran steroid anabolik atau yang sewaktu dengannya.

Steroid Anabolik

Tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Ia bergantung pada individu juga. Ada sesetengah orang dilahirkan dengan hormon testosteron yang tinggi secara semulajadi. Setiap orang ada genetik tersendiri, ada motivasi tersendiri, status kewangan tersendiri, masa dan sebagainya. Motivasi juga main peranan. Apakah faktor yang menyebabkan anda ingin besar? Kedudukan kewangan tak dapat dinafikan sebagai satu faktor lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi tak menentu kini. Tak murah nak makan makanan solid. Tak murah nak dapatkan makanan tambahan jika perlu.

NASC 2015

Pembesaran otot ataupun hipertrofi bergantung pada hormon lelaki, testosteron. Secara puratanya, lelaki menghasilkan 30 hingga 70 mg testosteron seminggu. Seminggu 70mg? Tak hairan ramai nak ambil sustanon, 250mg testosteron. Perempuan pula kebiasaannya, 20 kali lebih rendah. Disebabkan paras testosteron lelaki lebih tinggi, secara logiknya, lelaki lebih kuat daripada perempuan. Ambil perbandingan yang sama, jangan bandingkan dengan mereka yang terlatih.

Kita hidup pada zaman atau era di mana kebanyakan atlet memakai performance-enchancing drugs (PED) untuk meningkatkan prestasi dan mendapatkan hasil yang lebih. Kalau tengok daripada graf di bawah, tumbesaran badan ada limitasinya. Perbandingannya agak ketara dengan penggunaan steroid. Mungkin jadi antara faktor penggunaan meluas, selain faktor harga yang murah dan senang didapati.

Tanpa Steroid Bina Badan

Bina Badan dengan Steroid

Apabila kita mula melatih, kita akan nampak hasil dengan agak cepat. Dari masa ke semasa, hasil mula berkurangan. Apa yang boleh dibuat ketika ini, kita boleh tukar program, diet dan sebagainya bagi memaksa badan memberi keputusan yang baik.

Berbalik pada persoalan utama, berapa besar? Adakah kita dah capai limitasi sehingga terpaksa menggunakan steroid? Apa petanda arasnya? Adakah apabila tak boleh membesar dalam masa seminggu?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini