Berbaloikah? Sep02

Kongsi

Berbaloikah?

Berbaloikah?

Apabila anda perlu mengorbankan masa anda untuk bersenam sedangkan anda boleh keluar bersukaria
Apabila anda terpaksa menolak kengkawan nak belanja makan
Apabila anda perlu berbelanja besar untuk makanan
Apabila orang panggil anda gila dan pasangan anda suruh anda kembali menjadi normal
Apabila anda terpaksa buang sebahagian hobi seperti bermain dota sehingga lewat malam semata-mata ingin mendapatkan tidur yang cukup
Apabila terpaksa menolak pelawaan pasangan untuk keluar bertemu janji kerana terpaksa ke gym
Apabila terpaksa bangun pagi memasak sedangkan orang lain sedap diulit mimpi
Apabila terpaksa berjoging pagi-pagi ketika orang lain sedang makan nasi lemak
Apabila ke kenduri telan air liur dimasa anda sedang diet
Apabila sangkut membayar tunggakan kereta kerana membayar yuran gym

Terasa Berbaloi …

Apabila anda rasa berpuas hati dapat cecah satu rekod baru
Apabila anda dapat menjerit dan meluahkan segala perasaan kat besi
Apabila anda dapat melihat perubahan apabila melihat gambar dahulu
Apabila seseorang bertanya dengan kagum, ‘abang main gym ke?’
Apabila anak anda berkata, ‘Saya ingin menjadi seperti ayah bila besar nanti’
Apabila seseorang minta pendapat tentang senaman yang patut dilakukan
Apabila anda bangga melihat badan anda di cermin
Apabila seseorang tertarik pada bentuk badan anda
Apabila anda tidur tersenyum kerana mengetahui anda hari ini lebih baik dari semalam
Apabila doktor anda terkejut melihat paras glukosa dan kolestrol anda sangat baik walaupun berusia 60 tahun
Apabila teman sebaya semuanya berperut boroi selepas kahwin tetapi anda kekal fit
Apabila ramai tidak percaya anda berusia 40 tahun kerana nampak seperti berusia 20 tahun

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube