Berbaloikah?

Berbaloikah?

Apabila anda perlu mengorbankan masa anda untuk bersenam sedangkan anda boleh keluar bersukaria
Apabila anda terpaksa menolak kengkawan nak belanja makan
Apabila anda perlu berbelanja besar untuk makanan
Apabila orang panggil anda gila dan pasangan anda suruh anda kembali menjadi normal
Apabila anda terpaksa buang sebahagian hobi seperti bermain dota sehingga lewat malam semata-mata ingin mendapatkan tidur yang cukup
Apabila terpaksa menolak pelawaan pasangan untuk keluar bertemu janji kerana terpaksa ke gym
Apabila terpaksa bangun pagi memasak sedangkan orang lain sedap diulit mimpi
Apabila terpaksa berjoging pagi-pagi ketika orang lain sedang makan nasi lemak
Apabila ke kenduri telan air liur dimasa anda sedang diet
Apabila sangkut membayar tunggakan kereta kerana membayar yuran gym

Kursus Kecergasan 2024

Terasa Berbaloi …

Apabila anda rasa berpuas hati dapat cecah satu rekod baru
Apabila anda dapat menjerit dan meluahkan segala perasaan kat besi
Apabila anda dapat melihat perubahan apabila melihat gambar dahulu
Apabila seseorang bertanya dengan kagum, ‘abang main gym ke?’
Apabila anak anda berkata, ‘Saya ingin menjadi seperti ayah bila besar nanti’
Apabila seseorang minta pendapat tentang senaman yang patut dilakukan
Apabila anda bangga melihat badan anda di cermin
Apabila seseorang tertarik pada bentuk badan anda
Apabila anda tidur tersenyum kerana mengetahui anda hari ini lebih baik dari semalam
Apabila doktor anda terkejut melihat paras glukosa dan kolestrol anda sangat baik walaupun berusia 60 tahun
Apabila teman sebaya semuanya berperut boroi selepas kahwin tetapi anda kekal fit
Apabila ramai tidak percaya anda berusia 40 tahun kerana nampak seperti berusia 20 tahun

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

13 thoughts on “Berbaloikah?

  1. Didedikasikan juga pada rakan baik saya yang terpaksa train pada bulan puasa, hari raya demi persiapan ke mr asia di bangkok dan mr world di melaka. Bawa pulang kemenangan itu!

  2. aie rudyz says:

    great..n luving diz post.simple but..point dia baguz…

      1. caya la syuk…nk tgk gak….camne bdy dia skang

        1. lama gak x tgk bdn dia. :D. last tgk kat mr man O ari tu. jom la, buat trip ke bangkok nanti.

  3. Apabila anak anda berkata, ‘Saya ingin menjadi seperti ayah bila besar nanti’
    wallaweh dato, makan dalam, haha..
    tp mmg berbaloi. lebih menghargai diri 😀

  4. haha..well said! 😀
    bese la..sume mende ad give and take..kdg2 kene berkorban utk dpt ap yg diimpikan.. 😀

  5. dulu selalu main DOTA smpai pukul 5 pagi..sekarang masih gak..tapi on weekend je..tapi sblum tu..rest cukup or tido cukup n bawa meal pegi cc..simple meal je asalkan bdan not in catabolic state

  6. tau2 je saye telah korbankan dota… hahahaha
    gara2 gym, dah 11 bulan sy tgl dota 🙁 dh noob truk dah rs ni

  7. Apabila ramai tidak percaya anda berusia 40 tahun kerana nampak seperti berusia 20 tahun – I LIKE

Leave a Reply to abgchik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: