Berdiri Jul07

Kongsi

Berdiri

1

Berdiri, juga dirujuk sebagai orthostasis, adalah satu posisi dimana badan berada dalam kedudukan tegak (“orthostatik“) dan disokong oleh tapak kaki.

Walaupun posisi ini kelihatan statik tidak bergerak, sebenarnya badan bergoyang sedikit kehadapan dan kebelakang pada titik pergelangan kaki (ankle) pada satah sagittal. Ini adalah disebabkan oleh pergerakan bandul terbalik (inverted pendulum– IP) (Gage et al, 2004).

Nisbah purata titik tengah jisim (center of mass– COM) badan pada ketinggian untuk perempuan adalah 0.543 manakala lelaki pula ialah 0.560 (Gambino et al, 2006).

Titik tengah tekanan (center of pressure– COP) terletak diantara kedua belah kaki, dan pergerakan COP pada satah sagittal dikawal menggunakan otot pergelangan kaki plantar/dorsiflexion (Winter et al, 1996).

Model IP ini memperlihatkan bahawa perbezaan melintang (horizontal) antara COP dan COM adalah berkadar terus dengan kecenderungan COM bergerak secara mendatar (Murray et al, 1976; Geursen et al, 1976).

Kecenderungan ini akan menghasilkan daya tork dan menyebabkan ketidakseimbangan pada badan dan seterusnya bergoyang. Untuk mengatasi situasi tersebut, otot-otot tertentu terpaksa lebih diaktifkan dan ini akan membawa kepada masalah ketegangan otot pada bahagian seperti tapak kaki, kaki dan pinggang.

Kedudukan berdiri yang tidak betul juga boleh menyebabkan bahagian bawah badan iaitu kaki terpaksa bekerja lebih dengan melakukan fleksi pada sendi bagi menstabilkan tampungan berat badan. Tambahan dengan penguncupan otot secara isometrik dalam jangka masa yang lama, ini boleh menyebabkan fenomena blood pooling (darah terkumpul di bahagian bawah badan). Postural hypotension atau head rush akan berlaku dan simtom seperti pening, pitam, muntah akan muncul. (Keadaan serupa boleh dilihat sewaktu kawad, orang pitam bila berdiri terlalu lama.)

Garis panduan yang mudah untuk diikuti bagi kedudukan berdiri ialah pastikan telinga, bahu, pinggang, lutut dan pergelangan kaki berada dalam satu garis lurus. Relakskan bahu dan bengkokkan sedikit lutut anda.

2

Kerjasama antara otot (intermuscular coordination) memainkan peranan sangat penting dalam memastikan konsistensi postur berdiri yang betul dalam rutin harian (MacLeod et al, 2013), apatah lagi kaki yang lebih spesifik tugasnya dalam memastikan kestabilan sendi (Rein et al, 2010).

Dalam hal tersebut, antara yang perlu ditekankan ialah tonus dan keseimbangan otot atau muscle equilibrium. Tonus ialah otot yang sentiasa bekerja secara separa kuncup bagi memastikan posisi-posisi tertentu. Untuk menghasilkan tonus yang mantap serta keseimbangan otot yang baik, latihan rintangan perlu dilakukan dengan dos yang betul bagi mendapatkan adaptasi tersebut. Anda boleh berjumpa dengan jurulatih kecergasan serta pakar-pakar berkaitan yang bertauliah bagi mmendapatkan nasihat serta tips yang berkaitan.

Fit your potential!

CPT-Ads

“The best doctor gives the least medicines.”
-Benjamin Franklin-

Rujukan:

Gage WH, Winter DA, Frank JS, Adkin AL. Kinematic and kinetic validity of the inverted pendulum model in quiet standing. Gait Posture. 2004 Apr;19(2):124-32.

Gambino S, Mirochnik M, Schechter S. Center of mass of a human. The Physics Factbook. 2006. http://hypertextbook.com/facts/2006/centerofmass.shtml

Geursen JB, Altena D, Massen CH, Verduin M. A model of the standing man for the description of his dynamic behaviour. Agressologie. 1976;17 SPECNO:63-9.

MacLeod TD, Manal K, Silbernagel KG, Snyder-Mackler L, Buchanan TS. Characteristics of human knee muscle coordination during isometric contractions in a standing posture: the effect of limb task. J Electromyogr Kinesiol. 2013 Dec;23(6):1398-405.

Murray MP, Seireg A, Scholz RC. Center of gravity, center of pressure, and supportive forces during human activities. J Appl Physiol. 1967 Dec;23(6):831-8.

Rein S, Fabian T, Zwipp H, Mittag-Bonsch M, Weindel S. Influence of age, body mass index and leg dominance on functional ankle stability. Foot Ankle Int. 2010 May;31(5):423-32.

Winter DA, Prince F, Frank JS, Powell C, Zabjek KF. Unified theory regarding A/P and M/L balance in quiet stance. J Neurophysiol. 1996 Jun;75(6):2334-43.

Akasa Bina

Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim Syazwan Ramli merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Bertindak sebagai Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan, dan juga merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Menjadi atlit sukan Pencak Silat dan juga sebahagian dari barisan atlit Strongman. Pernah menyertai latihan ketenteraan selama 3 tahun.

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, beliau juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara. Pernah menyertai projek antarabangsa di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010.

Facebook Twitter  

iklan ebook   ds ads   iklan disini