Berlari Treadmill vs Joging Apr02

Kongsi

Berlari Treadmill vs Joging

Berlari di luar atau dipanggil joging atau berlari di atas treadmill? Ia nampak serupa. Kedua-duanya mengunakan kumpulan otot yang sama. Kedua-duanya menggunakan pergerakan yang sama. Kedua-duanya boleh meningkatkan stamina dan daya tahan otot. Kedua-duanya boleh membantu bakar lemak. Kedua-duanya boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan kaki dan otot-otot teras. Akan tetapi, terdapat beberapa perbezaan iaitu;

Berlari di atas treadmill lebih mudah dengan permukaan dan persekitaran yang sama. Apabila berlari di luar, tetapi beberapa faktor luaran yang berubah iaitu bentuk permukaan dan rintangan. Kebiasaanya rintangannya adalah angin. Dengan kehadiran rintangan, badan perlu bakar lebih untuk larian kelajuan sama di atas treadmill. Dalam ayat lain, kalori dibakar lebih tinggi jika berlari di luar. Kelajuan di atas treadmill di gerakkan oleh mesin manakala di luar, kelajuan mungkin tidak selaju treadmill, bermaksud di sini di atas usaha sendiri. Berlari di atas treadmill mempunyai impak yang lebih rendah pada sendi berbanding di luar berikutan permukaan yang lembut dan sama.

Berlari di atas treadmill

Terdapat banyak kajian berkenaan topik ini. Terdapat banyak kajian dari sudut biomekanik pergerakan daripada kedua-dua senaman ini. Di atas treadmill, kesemua pelari mendarat dengan kurang pergerakan dorsiflexion pada buku lali berbanding berlari di luar, di mana terdapat banyak perubahan bergantung pada permukaan tapak larian. Lihat kajian oleh Nigg, De Boer dan Fischer di University of Calgary pada tahun 1995. Kajian selepas itu, menunjukkan pelari di luar mempunyai jarak bukaan kaki yang pendek tetapi frekuensi pergerakan lebih tinggi.

Terdapat juga kajian menunjukkan perbezaan kelajuan kedua-dua larian. Menurut kajian ini, dengan pace larian yang sama, berlari di atas treadmill sebenarnya lebih perlahan atau jaraknya lebih kurang. Tiada kajian yang tepat menunjukkan kelajuan larian. Dalam bahasa mudahnya, seseorang itu mungkin berlari dengan kelajuan 9.0 di atas treadmill dan di luar. Tetapi jarak yang dicampai dengan berlari atas treadmill mungkin kurang sekitar 1 hingga 3 km.

NASC 2015

Kesimpulannya, terdapat pro dan kontra dalam kedua-dua larian. Kajian menunjukkan berlari di luar lebih banyak benefit tetapi dalam masa sama lebih bahaya jika dibandingkan treadmill yang mana permukaannya lebih lembut. Masih terdapat banyak ruang kajian jika sesiapa berminat. Masih banyak yang tidak jelas.

Berlari di atas jalan.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini