Joging Berlebihan Jan27

Kongsi

Joging Berlebihan

Tiba-tiba terpanggil untuk membincangkan isu ini disebabkan ramai atau mungkin sangat ramai, bila nak turunkan badan atau buang lemak atau hilangkan buncit, dia bersenam. Bila tanya, apa senaman yang dia buat? Joging hari-hari. Sekali joging sejam, dua jam, ada mungkin cecah lima jam. Lepas itu, ada yang buat tambahan sikit, buat sit-up. Betul ke cara itu?

Adakah joging boleh membina otot? Latihan kardio seperti joging memang mampu membakar lemak jika kita mengikut sistemnya iaitu jika melakukan untuk jangka masa panjang kekal pada 65-75% daripada kadar nadi maksima. Saya yakin kebanyakan yang joging kadar nadinya lebih tinggi daripada sasaran. Atau mungkin tak pernah tahu, main redah je. Boleh lihat cara kiraan di muka Latihan Kardiovaskular. Selepas joging dalam sebulan, didapati badan menyusut. Adakah lemak yang turun? Dalam kebanyakan kes, sebenarnya badan susut disebabkan kekurangan makanan yang mana seterusnya menyebabkan kehilangan otot. Sebagai contoh, jika keperluan kalori sebelum ini adalah 3500 kalori, tiba-tiba buat pengurangan kalori mendadak, sebagai contoh ada seorang kawan saya, pagi makan oat, tengahari makan buah, malam makan oat, pastu petang pergi joging. Di situ kita dapat tengok kemasukan kalori tak sampai 300 atau mungkin ada orang yang masih makan nasi tetapi kemasukan kalori mungkin dalam 1000 sehari berbanding dengan keperluan, sudah pasti ada penyusutan.Kursus Kecergasan 2017

Dalam keadaan kekurangan kalori, badan akan cuba menjaga lemak dan membakar otot sebagai sumber tenaga. Badan akan mula nampak kecut disebabkan kehilangan otot, simpanan glikogen dan air. Masa itu mulalah nampak kurus dan boleh pakai baju atau seluar saiz kecil. Apa kesan dia? Bila kita berhenti berlatih dan makan seperti biasa, percayalah badan akan naik balik. Kenapa? Disebabkan otot yang hilang, kadar metabolisme badan menurun. Saya rasa banyak yang cakap, bila senaman, dan berhenti, badan naik mendadak. Inilah sebabnya.

Kenapa kita perlukan latihan bebanan atau kondisasi otot? Bila bercerita pasal otot. Ada la yang membalas

‘saya taknak otot besar-besar ni’
‘eee…taknak la’

Biasanya yang menjawab ini perempuan la. Rasanya dah banyak kali saya ingatkan, otot perempuan bukan macam otot lelaki disebabkan perempuan tak boleh menghasilkan testosterone sendiri melainkan untuk kes-kes tertentu. Kenapa kita perlukan otot? Bila otot tinggi, kadar metabolisme badan pun meningkat. Otot memerlukan kalori yang lebih tinggi. Latihan kardio beserta latihan bebanan akan menghasilkan bentuk badan yang kita inginkan dalam kadar yang cepat. Untuk membakar lemak di perut, kita perlukan senaman keseluruhan, dan bukan sit-up sahaja.

Rangka senaman yang baik akan menyasarkan lima komponen kesihatan iaitu komposisi badan, kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot dan kelenturan. Topik hari ini agak ringkas sebelum saya keluarkan topik mengenai pemilihan makanan di Malaysia.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube