Bernafas Ikut Hidung Jul16

Kongsi

Bernafas Ikut Hidung

Kenapa kita bernafas ikut hidung dan bukan ikut mulut? Jawapannya ada pelbagai. Ada pelbagai kajian dijalankan melibatkan pelbagai isu termasuk asma, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

1. Hidung lebih kecil daripada mulut. Apabila udara melalui hidung, ia lebih lambat keluar kembali. Bayangkan belon, apabila udara masuk, ia mengambil masa untuk keluar berbanding balang yang penutupnya besar. Ia menghasilkan tekanan untuk keluar dan seterusnya memberi lebih masa untuk mendapatkan oksigen.

2. Saraf rangsangan pernafasan berada dalam salur hidung. Pernafasan melalui mulut memintasi saraf tersebut dan mempengaruhi seseorang berdengkur dan berdepan masalah Apnea dan jantung. Rujuk entri Berdengkur.

NASC 2015

3. Apabila karbon dioksida dilepaskan cepat, ia akan merangsang penghasilan mukus yang mana memperlahankan pernafasan dan menyebabkan penyempitan salur darah.

4. Pernafasan melalui hidung melalui sistem penapisan sinus. Sinus menghasilkan nitrik oksida yang mana mengawal bakteria. Nitrik oksida juga penting dalam rangsangan seksual dalam mengekalkan ereksi.

5. Hidung menghidu bau. Bau mempengaruhi tingkah laku, ingatan, dan fungsi sitem saraf autonomik di bawah minda sedar. Terdapat reseptor dalam hidung yang dikenali sebagaiolfactory bulb. Ia berhubung dengan bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus. Hipotalamus bertanggungjawab untuk menjana bahan kimia yang mempengaruhi ingatan dan emosi. Ia juga dikenali sebagai otak kedua yang memainkan peranan dalam fungsi jantung, tekanan darah, dahaga, selera makan dan sebagainya.

6. Hidung terdapat penapis lain dalam bentuk bulu untuk menapis kotoran di udara daripada masuk ke dalam.

7. Ada kajian menunjukkan pernafasan mulut mempercepatkan proses kehilangan air atau dehidrasi.

8. Kerja pada paru-paru meningkat apabila bernafas mengikut hidung dan seterusnya menghasilkan rentak latihan perlahan untuk jantung.

9. Bernafas mengikut mulut lebih cenderung mengaktifkan bahagian atas paru-paru yang dihubungkan dengan saraf simpatetik. Bernafas mengikut hidung mengaktifkan keseluruhan paru-paru yang juga menghubungkan dengan saraf parasimpatetik, bahagian yang menenangkan badan, melambatkan kadar dengupan jantung.

10,. Menurut kajian, lelaki sukar mendapat pasangan seksual jika bernafas mengikut mulut disebabkan nampak hodoh.

Chapter-451-Bernafas-Hidung-Mulut

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini