Besar Sebelah

“Tangan saya besar sebelah, bagaimana membetulkannya?”

Antara soalan yang biasa saya dapat kini. Manusia sentiasa tertarik pada badan yang simetri. Adakah ketidakseimbangan ini merbahaya? Ada pepatah mengatakan, selagi ia tidak menyakitkan, ianya tidak merbahaya. Tiada manusia yang 100 peratus simetri. Badan kita tidak simetri, jadi kita tidak mengangkat beban secara simetri. Simetri disini bermaksud, kiri dan kanan, bukan depan dan belakang dan sebagainya.

Setiap orang ada asimetri. Persoalannya, berapa besar perbezaan dan adakah ianya menjadi masalah?

Kebanyakan masalah asimmetri disebabkan dominan pada satu bahagian. Walaupun seorang ambidextrous yang boleh guna kedua-dua belah bahagian badan. Boleh menulis kedua-dua belah contohnya tetap ada bahagian yang dominan. Kecenderungan dalam hidup juga membentuk masalah ini. Sebagai contoh, kerja harian.

Masalah asimetri yang terlalu lama boleh mencetus penambahan jumlah otot serat (hiperplasia) di sebelah badan sahaja. Dalam bahasa mudah, kita boleh tengok tangan kanan lebih besar daripada tangan kiri jika menulis menggunakan tangan kanan daripada kecik. Sekitar 90 peratus manusia terdapat perbezaan daripada segi panjang kaki. Mungkin terdapat pelbagai perbezaan tanpa kita sedar yang dibentuk daripada kecil.

Matthias Schlitte yang sengaja membesarkan sebelah tangan sahaja. Seorang atlet lawan tangan.
Matthias Schlitte yang sengaja membesarkan sebelah tangan sahaja. Seorang atlet lawan tangan.

Adakah ia beri kesan?

Bagi sukan kekuatan, ianya tidak beri banyak perbezaan secara terus. Banyak kajian dibuat berkaitan simetri dan daya. Boleh dikatakan setiap ujian beri keputusan berbeza. Terdapat beberapa contoh atlet kekuatan dengan masalah asimetri akan tetapi berjaya melakukan angkatan yang menakutkan seperti Lamar Gant dengan masalah scoliosis. Akan tetapi untuk sukan subjektif seperti bina badan dan badan cantik, salah satu mata dikumpul adalah simetri.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana membetulkannya?

1. Guna dumbbell. Apabila melakukan senaman seperti bench press, rowing dan sebagainya menggunakan barbell, sebelah badan yang kuat akan seimbangkan kekuatan yang perlu. Kebiasanya, apabila menggunakan dumbbell, kita akan berhenti apabila bahagian yang lemah tak boleh buat. Tingkatkan ulangan pada bahagian yang lemah. Sebagai contoh, apabila buat shoulder press, tangan kanan boleh buat 12 ulangan, manakala tangan kira hanya 8 ulangan. Tambah 4 lagi ulangan pada tangan kiri selepas berehat seketika.

2. Lebihkan senaman unilateral. Unilateral ini senaman mengunakan sebelah bahagian badan. Sebagai contoh, pull up menggunakan tangan kiri. Buat pistol squat, deadlift sebelah kaki dan sebagainya.

3. Betulkan alignment. Jika perlu, dapatkan nasihat atau sesi dengan seorang terapi fizikal untuk membetulkan kedudukan badan. Ada masalah boleh dibetulkan. Cuma masalah yang terlalu lama mungkin sukar. Sebagai contoh, masalah daripada kecil.

Ada pelbagai kaedah terapi lagi sebenarnya. Cuma saya nak ingatkan di sini, jangan ingat masalahnya hanya di bahagian tangan akan tetapi mengabaikan bahagian-bahagian lain terutama bahagian teras atau core dan bahagian bawah badan. Masalah perut tidak sekata tidak boleh dibetulkan. Otot setiap orang berbeza.

Masalah perut tidak sekata tidak boleh dibetulkan.
Masalah perut tidak sekata tidak boleh dibetulkan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Besar Sebelah

  1. Dear sir,

    We are manufacturers of weight lifting belts.

    If you are interested please contact us.

    Best regards
    shehroz kaleem bhatti
    Jal fitness

Leave a Reply to SHEHROZ KALEEM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: