Bila Senaman Kardio? Dec25

Kongsi

Bila Senaman Kardio?

Kebanyakan bodybuilder, fitness intructor, personal trainer atau kebanyakan orang bila ditanya, bila masa terbaik untuk buat senaman kardio, mereka akan jawab, ‘pagi dengan perut kosong’. Mereka bagitau, waktu pagi adalah masa terbaik untuk bakar lemak. Betul ke?

Jika mereka kata begitu, tak tau lah mazhab mana yang ajar dorang. :D. Kenapa dalam diet kita makan sikit tapi banyak kali? 5-8 meal sehari. Makan setiap 3 jam. Ini untuk memastikan paras gula dalam badan kita setabil dan memastikan kita berada dalam anabolic state dengan positive nitrogen balance, juga untuk penghadaman yang elok.

Bila kita tidur 6-8 jam sehari, kita akan bangun pagi dalam keadaan catabolic dimana negative nitrogen balance. Buat senaman cardio pada waktu pagi akan menyebabkan otot dibakar sebagai sumber tenaga. Memang betul paras glukosa sangat rendah pada waktu pagi tapi begitu juga paras asid amino.

Melainkan, jika bangun dari tidur, minum protein shake atau protein meal seperti telur putih. Mungkin boleh ambil protein 45-60 minit sebelum memulakan latihan kardio untuk memastikan badan kita tidak berada dalam keadaan catabolic.

Bila masa terbaik untuk senaman kardio? Seeloknya bila sudah selesai membuat latihan bebanan. Kenapa? Bila buat latihan bebanan, badan sudah membakar glukosa dan glikogen simpanan. Senaman kardio selepas latihan bebanan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube