Bina Badan dan Sains
Ramai yang fikir binabadan ini sangat senang dan tidak melibatkan sains, cuma ke gym dah cukup untuk bina badan yang diidamkan. :D. Angkat berat bukan semudah itu. Anda boleh masuk ke gym bila2 masa anda nak dan buat apa sahaja latihan dalam gym. Memang boleh nampak perubahan, tapi berapa cepat? ada orang ambil masa mungkin 3 bulan, ada yang juga ambil masa mungkin 3 tahun. Pilihan kat tangan anda. Nak berlatih dapatkan hasil cepat atau nak amik masa yang sangat lama untuk menjadi. Ye la, masa memandu kata, ‘biar lambat asal selamat’. :D.
Latihan untuk seseorang tak semestinya berkesan untuk orang lain. Kenal pasti berapa set berkesan untuk anda, senaman yang mana berkesan, dan senaman mana tak berkesan. Ada orang mungkin buat leg press sahaja dah cukup untuk rasa kesan seperti buat squat. Ada orang perlu buat banyak set untuk betul2 rasa kat otot yang disasarkan. Kaji badan anda jika anda tidak mempunyai jurulatih yang menentukan latihan anda. Jurulatih yang bagus biasanya dapat menentukan latihan mana yang berkesan untuk badan anda.
Antara yang perlu dikaji dalam latihan adalah berapa set yang sesuai? berapa lama masa rehat antara set? berapa game patut dibuat? bila badan cecah tahap over training?. Kaji dan uji adakah drop sets, super sets, pyramid set, split training berkesan untuk anda? Mungkin antara cara mudah, boleh merekodkan perubahan pada badan, dari segi saiz otot, peratusan lemak, tenaga, stamina. Jika dah berlatih selama 2 bulan dan takde kesan atau kurang kesan, you know what to do. :p.
Dalam menjaga pemakanan, bukan semua orang boleh makan benda sama untuk besar. Ada yang patut makan daging merah, ada yang patut makan ayam. Situasi di kebanyakan gym sekarang, bila kita bertanya pada ‘otai’, dorang bagitau, ‘ko gi makan daging’ ,’makan telor 1 papan’ dan lain-lain jawapan kita terima.:p. Kita ada kajian pemakanan melalui perbezaan jenis darah sekarang. Boleh dijadikan rujukan. Mungkin dalam topik akan datang, saya akan post kajian pemakanan melalui jenis darah.
Kaji berapa banyak protein, karbohidrat dan lemak yang diperlukan badan kita. Sebagai contoh, mungkin kita perlu 40% protein, 40% karbohidrat dan 20% lemak. Pastikan jumlah kalori yang betul diambil dalam sehari. Berapa banyak keperluan kalori jika nak bakar lemak, brapa banyak keperluan kalori jika nak menambah saiz. Dari mana datangnya kalori? Pastikan daripada kalori yang sihat. Sebagai seorang ahli bina badan atau ingin jadi, sepatutnya boleh melawan nafsu makan benda2 merapu ni. Jangan jadi seorang ‘everyday weight lifter‘. :D. Bina badan berkait rapat dengan disiplin.
Berkenaan makanan tambahan pula. Macam2 jenis makanan tambahan dan jenama kita boleh lihat dalam pasaran sekarang. Mana satu patut kita ambil? Protein sahaja ada berpuluh jenis, ada whey protein, ada mass gainer, ada casein protein dan lain-lain. Mana 1 sesuai dengan kondisi badan kita? Apa vitamin atau garam mineral yang kita perlukan dalam sehari? Apa yang patut ambil, apa yang tak patut. Kenapa perlu kita bazir duit untuk sesuatu yang tidak kita perlukan? :p
Berapa lama patut kita tidur pada waktu malam? 4 jam? 6 jam? 8 jam? 10 jam? Berapa lama sepatutnya satu2 otot tu berehat? Ada orang datang gym, hari-hari train tangan. Konon nak tangan besar cepat. Betul ke tu? :D. Otot kita memerlukan 1 jangka masa rehat untuk membolehkannya recover dan bertambah baik. Bina badan melibatkan sains dan kajian. Baru keluar hypotesis.
setuju sangat dgn topik ni.
kalau nak cuba sesuatu, berikan suatu tempoh percubaan. kemudian buat post moterm daripada result, diet, exercise yg dilakukan dsb. tambahkan ilmu dgn bertanya, berbincang dan membaca. process ni berterusan terutama bila kita reach plateau atau xpuas hati dgn result.
tapi berapa ramai yg rajin nak buat? “easier said then done”.
we should know ourselves better”
btul tu. sbb tu ramai yg perlukan trainer, pasal x rajin.
Quite insightful post. Never believed that it was this simple after all. I had spent a very good deal of my time looking for someone to explain this topic clearly and you’re the only one that ever did that. Kudos to you! Keep it up
tq
It’s my 2nd month now playing with various type of weight lifting machine and all those dumbell.i often discuss with my gym mate regarding the correct and proper method and ways to gain size.mostly each of them (those with ripped and massive muscle)will give different opinion.now this one here is helpful not only to gain better size but knowledge too.thanks bro..
everybody hv their own opinion about weight lifthing
Salam dato.saya nk tnya,kalau berat saya 74kg tinggi 169,patutkah saya naikkan berat badan lagi?atau juz work out untuk muscle?saya budak baru!!! 😀
depend pada keperluan dan sasaran.
salam dato’,
sy nak tanya…berapa set yg sepatutnya dilakukan untuk squat?
demand pada tujuan.
dato’saya ada 1 soalan nak tanya bolehkah sy minum susu protein sebelum workout??.bolehkah dato’ bagi tip atau panduan waktu yang sesuai untuk minum susu dengan betul…
boleh tgk sample di http://strengthsifoo.com/diet-sihat/
masa paling penting pagi, dan 30 minit hingga 2 jam lepas workout.
Bagaimana pula dengan waktu tidur yang diambil untuk ahli bina badan?
bina badan sekitar 8-10 jam sehari.
Selamat malam dato’
Nak tyer syer dah berapa hari dah berapa bulan badan syer x berotot tpi badan kurus… Seblm ni berat syer 90kg skrg 69kg… Saiz badan jadi kecik tpi bentuk otot 0%… Mcm mner nk kasi otot besar..
sebab kuruskan badan dgn kaedah crash diet? muscle mass drop. metabolisme drop.
tgk entri http://strengthsifoo.com/orang-baru/
Salam dato’
saya nk mnx pndpt dato’ mengenai supplemen SARMS…
1)Adakah supplemen ini sama mcm supplemen lain??
2)Betul ker guna supplemen ni muscle naik tapi xda effect mcm steroid
3)supplemen ni legal ker x??
4)ada effect yg berbahaya atau tidak untk jgka msa pnjang
Mohon pencerahan dato’ tq
wslm.
ia kategori lain daripada supplement biasa
buat masa ni research hanya tunjuk minor side effect seperti sakit kepala, jerawat. penggunaan lebih masa mungkin trigger cancer.
still x clean kalau urine test. 24-26 jam jangka hayat.