Bolasepak Malaysia Jul17

Kongsi

Bolasepak Malaysia

Walaupun kalah pada Liverpool dalam aksi persahabatan dalam Siri Jelajah Asia di Stadium Nasional semalam tetapi pujian harus diberikan kepada skuad Datuk K. Rajagobal yang bangkit selepas ketinggalan 4-1 pada babak kedua untuk merapatkan jurang gol kepada 4-3. Namun, akibat kelemahan benteng pertahanan, Malaysia tewas 6-3 apabila Liverpool mendapat gol pada masa kecederaan. Safee Sali mencuri tumpuan ramai apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua.

Ini Malaysia atau Liverpool?

Kursus Kecergasan 2017

Saya tidak berminat untuk mengulas perlawanan tetapi ingin mengulas suasana di stadium. Rasanya majoriti penyokong daripada rakyat Malaysia. Adakah rakyat Malaysia malu ingin menyokong negara sendiri? Keadaan seperti ini jarang dapat dilihat di negara-negara yang mengutamakan negara sendiri seperti Thailand dan Jepun. Biar betapa kuat pasukan yang bertandang, mereka bangga menyarung jersi negara. Apa kata anda?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube