Bolasepak Malaysia

Walaupun kalah pada Liverpool dalam aksi persahabatan dalam Siri Jelajah Asia di Stadium Nasional semalam tetapi pujian harus diberikan kepada skuad Datuk K. Rajagobal yang bangkit selepas ketinggalan 4-1 pada babak kedua untuk merapatkan jurang gol kepada 4-3. Namun, akibat kelemahan benteng pertahanan, Malaysia tewas 6-3 apabila Liverpool mendapat gol pada masa kecederaan. Safee Sali mencuri tumpuan ramai apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua.

Ini Malaysia atau Liverpool?

Kursus Kecergasan 2024

Saya tidak berminat untuk mengulas perlawanan tetapi ingin mengulas suasana di stadium. Rasanya majoriti penyokong daripada rakyat Malaysia. Adakah rakyat Malaysia malu ingin menyokong negara sendiri? Keadaan seperti ini jarang dapat dilihat di negara-negara yang mengutamakan negara sendiri seperti Thailand dan Jepun. Biar betapa kuat pasukan yang bertandang, mereka bangga menyarung jersi negara. Apa kata anda?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Bolasepak Malaysia

  1. yg dtg pun bknye penyokong setia malaysia a.k.a ultras malaya…huhuhu…klu ada pun sekerat jek…hehehehe….

    1. jgn amik kira ultras malaya dulu, cuba tgk rakyat malaysia yg lain. xde semangat kenegaraan

  2. itula….dari game dengan arsenal lagi camtu…Ultras mmg xnak pegi, sebab dorang cakap ni perlawanan sarkas je…

  3. bukan tak sokong, dato. penyokong m’sia ni 365 hari sokong bolasepak tempatan. jersi m’sia jgn cakap la. sekali-sekala macam match ni, pakai sekejap jersi liverpool. harimau malaya tetap di hati 😀

    1. cuba bygkan penyokong malaysia menggegarkan stadium smalam. rasanya malaysia x kalah ngan liverpool. bersemangat lg utk main. tp bila tgk majoriti malaysian pakai baju merah, luntur sikit semangat bila tgk. sebagai pemain, antara pembangkit semangat adalah penyokong

  4. inilah sikap org kita,nak kata xdak jati diri pun ssh nnt org kata kita xpandai menilai..apepun banggalah pda negara kita yang tercinta…

  5. saya ada tgk pic dr mmber saya yg pegi stadium 2..rmai RAKYAT MALAYSIA bangun bersorak apabila Liverpool jringkan gol..aduh..

    1. ini la malaysia, di mana rakyat xde semangat kenegaraan. agaknya bila negara kena serang, semua lari ke negara lain

  6. memang kita npk lautan jersi merah liverpool tapi dihati semua hanya ada malaysia ini kerna bila kita jaringkan gol perasaan cintakan negara tiba2 menusuk kekalbu itulah dinamakan Malaysian!! Biasala peminat bila jumpa idola dia tapi bila bab negara diserang(Bola) kita sungguh2 pertahankan….syabas harimau malaya>

  7. mentaliti rakyat malaysia…
    mcm gak kt pasaraya..cri brand luar negara je..

Leave a Reply to bard Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: