Bolehkah Kanak-Kanak Bersenam?

Bolehkah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bersenam dan lakukan latihan bebanan? Telah sekian lama tersebar beberapa mitos. Antaranya senaman membuatkan kanak-kanak bantut. Sejauh mana kebenarannya?

Kursus Kecergasan 2024Di Malaysia, sebelum ini, pada awal tahun 2000, kalau anda perasan, ada satu syarat, iaitu gym tidak membenarkan mereka di bawah usia 16 tahun bersenam. Malaysia berada di zaman bila? Kemudian pada zaman Dato Azalina, isu ini telah dibawa dan diolah, boleh bersenam tetapi dengan bantuan jurulatih. Ketika itu program FitKid telah diperkenalkan dimana kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun pun boleh bersenam tetapi dengan perhatian pakar.

Sebelum memulakan senaman untuk kanak-kanak, anda perlu tahu beberapa perkara. Mereka yang sedang membesar berlainan dengan mereka yang dewasa. Tulangnya tidak matang dan akan matang apabila dalam lingkungan umur 12 hingga 22 tahun. Kanak-kanak sering terdedah kepada kecederaan pertumbuhan berlebihan seperti penyakit Osgood Schlatter. Kanak-kanak memiliki sistem suhu yang berbeza kerana memiliki kawasan permukaan yang besar berbanding jisim otot mereka. Kanak-kanak juga tidak berpeluh sebanyak orang dewasa supaya mereka tidak terdedah kepada strok haba. Sistem hormon mereka juga tidak matang lagi menjadikan mereka sukar membina otot. Kelajuan pernafasan dan denyutan jantung mereka juga jauh lebih laju daripada orang dewasa. Ingat formula 220/226 – umur untuk denyutan maksima?

Disebabkan faktor-faktor ini, latihan mereka sepatutnya bukan untuk menambah otot tetapi lebih kepada kekuatan. Ada kanak-kanak yang senang membina otot kerana paras hormonnya yang berbeza.

Bagaimana merangka program senaman untuk mereka?

Pertama sekali disebab faktor-faktor fisiologinya yang berbeza, adalah seeloknya memanaskan badan lebih lama daripada orang dewasa. Beri keseronakan pada mereka. Tidak perlulah diletakkan di atas treadmill dan disuruh berlari 40 minit tetapi boleh dilakukan dalam bentuk permainan. Mungkin permainan ‘keretapi’, ‘kejar-kerja’, ‘polis entri’ dan sebagainya. Mereka lebih bermotivasi untuk melakukan senaman dengan cara yang menyeronokkan berbanding dengan latihan yang membosankan seperti dilakukan kebanyakan orang dewasa. Jangan bandingkan dengan atlet kanak-kanak di China. Mereka telah dilatih sejak kecil untuk kekal berdisiplin dalam keadaan terpaksa. Boleh, bukannya tak boleh, bergantung pada tahap anda boleh memotivasikan mereka.

Apakah latihan bebanan yang sesuai untuk mereka?

Mereka boleh melakukan latihan bebanan. Tidak ada istilah tidak boleh melakukan itu dan tidak boleh melakukan ini. Mereka boleh buat squat tetapi bukanlah squat yang begitu berat. Jika masih baru, boleh gunakan medicine ball untuk melakukan squat.

Mereka boleh melakukannya dalam ulangan 8-12 dan jika ingin melakukan senaman kekuatan, boleh melakukkannya kurang. Sistem latihannya hampir sama seperti yang dewasa cuma bebanannya berbeza. Bagi yang baru mula, boleh mulakan dengan 3 set 10 hingga 15 ulangan untuk setiap senaman. Alatan di gymnasium di Malaysia kebanyakan tidak sesuai. Jika di Amerika, terdapat peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak tetapi rasanya tiada lagi gym kanak-kanak di Malaysia. Ada ke?

Jika melakukan senaman penuh, berikan masa rehat sekitar 1 hingga 2 hari bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Senaman pada peringkat awal patut ditekankan pada teknik berbanding beban. Kanak-kanak juga perlukan latihan koordinasi. Latihan koordinasi yang mudah seperti membaling bola dan menyambut bola.

Apakah kelebihan senaman pada kanak-kanak?

1. Menambah kekuatan
2. Mengurangkan peratus lemak
3. Kesihatan yang baik
4. Kecergasan kardiovaskular
5. Menambah kekuatan tulang
6. Memperbaik mood

Senaman untuk kanak-kanak bukan untuk mereka yang gemuk sahaja. Tetapi untuk semua kanak-kanak. Kita sedang dilanda masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak disebabkan beberapa faktor seperti lambakan makanan segera, ibu-bapa atau penjaga tidak menggalakkan anak mereka bergerak dengan memberi mereka ps3, komputer dan pelbagai lagi sebab.

Contoh-contoh senaman

Jumping jacks
Star jump
Jumping squat
Alternate toe touch
Push-up
Stair Climber
T-run
Trunk Rotations
Shuttle Run
Box Jump
– Baling bola dengan bebanan
– Pelbagai latihan bebanan sama ada menggunakan bebanan atau berat badan sahaja
– Pelbagai lagi, dalam masa sama boleh masukkan permainan tradisional seperti ‘Teng-teng’ dan sebagainya sebagai salah 1 aktiviti memanaskan badan

Gerakkan anak anda. Jangan biarkan mereka membesar dalam keadaan yang tidak aktif. Tanamkan gaya hidup sihat sejak mereka masih kecil. Mereka mungkin tidak memerlukan diet-diet tertentu kecuali untuk kes tertentu seperti berlebihan berat badan yang melampau tetapi jangan digalakkan mereka hidup dengan makanan segera dan sebagainya. Pemakanan mereka perlu lebih untuk tumbesaran tetapi bukan lebihkan lemak.

Adakah mereka perlukan makanan tambahan?

Jangan terpengaruh dengan pelbagai iklan di pasaran sekarang yang mengatakan perlu itu, perlu ini. Apa yang mereka perlukan adalah nutrisi yang mencukupi daripada makanan dan bukannya pil, air ajaib dan sebagainya.

Nota: Arnold Scwarhzenegger mula bersenam pada usia 11 tahun. Tidak pula kelihatan dia terbantut.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

19 thoughts on “Bolehkah Kanak-Kanak Bersenam?

  1. Jika anda berminat untuk membuka gym untuk kanak-kanak, boleh hubungi ZK. Ada beberapa procedure perlu dilengkapi sebelum membuka gym untuk kanak-kanak dan potensinya sangat tinggi kerana tiada atau tiada lagi gym yang lengkap untuk kanak-kanak di Malaysia.

  2. Idea yang sangat baik…Kid Gym…. kalau ada jurulatih yang bertauliah memang permintaannya sangat tinggi. Lihatlah sekarang dalam bilik darjah. Saya lihat mungkin hampir 40% murid dalam bilik darjah kini nak menjadi obes. Ini semua penangan hidup sekarang. di rumah ada bibik, permainan game, komputer, makanan junkfood, dll.
    Terima kasih Tuan Zaki..

    1. jurulatih bertauliah utk train kanak-kanak. bukan jurulatih biasa. 🙂

  3. kawan saya kata dia start main besi seawal usia 12 tahun. mungkinkah ini punca kenapa dia kurang tinggi?

    1. shamsul anuar aliash says:

      tak pernah lagi dengar kes macam ni…kenapa pula dia boleh terbantut tinggi? biasanya kanak2 yang terbantut tumbesaran adalah kekurangan hormon tumbesaran (growth hormon) atau faktor genetik atau faktor nutrisi.

    2. adakah anda pasti dia sepatutnya menjadi seorang yg tinggi atau geneticly dia mmg rendah?

  4. Seorang kawan saya mengaku semasa umur dia 12 tahun dia seorang yang berbadan pendek. Tapi hasil latihan tertentu di bahagian tulang belakang pinggang dan punggung selama 4 tahun dia akhirnya berbadan tinggi sehingga 6 kaki bila mencapai 21 tahun. Dia kini berusia 41 tahun… Dia kata latihan ini hanya boleh berjaya jika dimulakan ketika umur muda bermula 11 tahun. Betul ke Dato ada training untuk meninggikan badan?

    1. shamsul anuar aliash says:

      pengakuan yang betul sbb latihan spt begini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan hormon seperti hormon tumbesaran.

      setakat ni takde latihan meninggikan badan tetapi bergantung pada paras hormon seseorang dan sistem fisiologi. itu pendapat saya tapi tak tahu pula pendapat bro zaki

    2. pada peringkat awal, peringkat muda, latihan bebanan mmg meningkatkan rebesan hormon tumbesaran + tulang pun dlm keadaan pra-matang ketika itu.

    3. training utk tinggi? kalau ikutkan bila dah cecah tahap matang, susah nak tambah tinggi, kecuali tambah gh dari luar. ada kajian seolah menunjukkan jumping boleh membantu, tp x semua berjaya dlm kajian tu, faktor lain cam genetik dan sebagainya mungkin menghalang.

  5. hello dato nak tanya soalan ni..apa fungi nya senaman fly, pullover dan cable cross???mmg sasaranya pd chest tp adakah senaman tersebut utk membentuk dada atau selainnya??pullover pula apa beza pullover guna dumbell dgn EZ bar??adakah ckup utk membuat senaman tersebut tanpa fokus sgt pd bench press???then soalan ke 2 saya pula adakah squat mampu utk membuang lemak d perut cz ada yg ckp kalau nak kecilkan perut men banyak squat o kaki…boleh dato jelaskan…tq…

    1. fly mmg isolate utk chest, pullover chest juga tp dlm masa sama tarik back, serratus dan beberapa yg lain, cable juga bergitu. senaman jenis ni, membantu dlm menambahkan bentuk, tp kurang dlm sizing.
      bezanya pada graviti pulling. sama cam soalan beza dumbbell ngan barbell dlm chest press.adakah cukup? kalau menyasarkan cutting, masukkan dua2 termasuk press.

      kebanyakan weight training ada menggunakan kekuatan core termasuk perut, squat, deadlift, bench press, shoulder press dan sebagainya menggunakan core, boleh kata hampir semua la. jd ianya membantu dengan pemakanan yg baik..

  6. fly mmg isolate utk chest, pullover chest juga tp dlm masa sama tarik back, serratus dan beberapa yg lain, cable juga bergitu. senaman jenis ni, membantu dlm menambahkan bentuk, tp kurang dlm sizing.
    bezanya pada graviti pulling. sama cam soalan beza dumbbell ngan barbell dlm chest press.adakah cukup? kalau menyasarkan cutting, masukkan dua2 termasuk press.

    kebanyakan weight training ada menggunakan kekuatan core termasuk perut, squat, deadlift, bench press, shoulder press dan sebagainya menggunakan core, boleh kata hampir semua la. jd ianya membantu dengan pemakanan yg baik.

  7. TUAN MOHAMAD HAFIS TUAN LUDIN says:

    Salam hormat, saya Hafis wartawan untuk rancangan kanak-kanak Bananana Squad TV3, NTV7 dan TV9. Saya ditugaskan untuk memantau salah satu segmen rancangan ini iaitu segmen FIT ME!!! Saya mencari bahan untuk senaman kanak-kanak dan mencari lokasi seperti gym kanak-kanak yang terdapat disekitar Kuala Lumpur. Harap Encik Zaki Khan dapat membantu.

    1. wslm. di kl tiada gym betul2 utk kanak2. ada beberapa syarat mesti dipenuhi utk set gym kanak2. seperti, dinding 5 kaki tinggi kena ada span. pintu drpd cermin dgn menggunakan nombor sebagai pin dll syarat. trainer mesti qualified utk train kanak2.

  8. Saya berminat nak hantar anak saya ke fitness centre … Boleh bgtahu saya di mana ada program fitness utk budak … Tq

    1. kat malaysia ni belum byk pilihan. kalau x silap saya yg betul2 gym ada 1 atau 2. di sri hartamas ada 1, tak sure concept. djungle gym pj lebih kepada playland, ada 1 di kl, tak berapa igt nama, di 1 shopping complex. gym2 lain, ada sesetengah boleh customize program utk kanak2 dgn kehadiran trainer.

  9. Saya umur 13 tahun sesuai ke membuat wourkout dewasa ..
    Rosak tak dalaman?

    1. Zaki Khan says:

      boleh. arnold schwarzenegger start umur 13

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: