Borak-borak Zaki Khan Siri 1 Feb14

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 1

Sejak akhir-akhir ini, saya rajin berjalan di dalam internet, dari satu forum ke satu forum, dari satu laman ke satu laman, dari satu blog ke satu blog. Saya tertarik untuk beri komen tentang tabiat dan diet-diet. Kebanyakan forum giat perkenalkan diet atkin. Apa itu diet atkin? Secara amnya, diet atkin adalah diet tinggi protein, rendah atau tiada karbohidrat. Adakah ianya bagus? Saya akan cerita lebih lanjut tentang diet atkin dalam satu topik nanti.

Cuma hari ini nak mengulas tentang diet yang suka diamalkan oleh mereka yang ingin menguruskan badan. Saya selalu berkata bahawa, untuk berjaya dalam diet, yang paling penting ada keinginan yang kuat dan disertai dengan ilmu dan usaha. Saya lihat banyak yang ada keinginan, tetapi ilmu? Kekadang ada yang berusaha mencari ilmu, bertanya sana sini, tetapi ada yang mengajar diet merapu, makan kfc, mcd, nasi beriani, roti canai dan lain-lain. Dan yang mengajar kekadang itu, orang lama dalam laman tersebut. Jadi orang-orang baru ini, masuk dan mengikut. Siapa yang salah?

NASC 2015

Diet yang hangat dikatakan di kebanyakan blog, diet rendah kalori. Dengar macam bagus. Tapi bila cerita rendah kalori, ada yang berkata makan kfc, nasi beriani, makan sekali sehari, jadi kira rendah kalori la tu yer. :D. Sebagai contoh nasi lemak 550 kalori, makan dua kali sehari, 1100 kalori. Rendah la tu ye? Apa bezanya makan makanan bersih daripada kalori merapu dengan makan makanan penuh kalori merapu ini? Nutrien apa yang badan kita perlukan? Seperti yang saya cadangkan dalam topik-topik yang lepas, protein:karbohidrat:lemak, 40:40:20, atau mungkin sedikit perubahan 50:30:20. Tetapi bila buat diet merapu, silap-silap jadi 20:30:50. Adakah badan kita memerlukan lemak yang banyak? Kemana hala tuju lemak itu? Adakah pembakaran lemak sama seperti pembakaran karbohirat atau protein?

Satu lagi diet yang agak popular adalah diet somalia. Bagaimana diet somalia? Makan sehari sekali. Sampai tahap ada yang makan oat sahaja. Nak kurus punya pasal. Tak tau belajar mana diet ini. Agaknya sebab nak rasa macam mana rasanya jadi orang susah di somalia sampai tak cukup makan. Dah banyak kali saya tegaskan, bila kita tak makan, badan akan mula catabolisme, pembakaran otot. Jadi yang kecut otot dan air. Memanglah berat turun, tetapi adakah lemak turun? Fikirkanlah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini