Borak-borak Zaki Khan Siri 10 Jul09

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 10

Minggu ini minggu yang agak sibuk dengan segala kerja terpaksa ditangguhkan disebabkan Perhimpunan BERSIH. Dengan jadual terpaksa diubah, kedai-kedai tutup, puduraya pun tutup. Saya terpaksa keluar awal untuk mengelak tersekat dalam kesesakan lalulintas. Disebabkan itu, saya tak sempat nak mengemaskini blog.

Kursus Kecergasan 2017

Jadi saya rasa dalam seminggu ini, saya nak buat kelainan sedikit. Jika anda ada soalan mengenai kecergasan, mungkin diet, latihan dan sebagainya yang berkenaan dengan bidang saya, boleh ajukan di ruangan komen. Jika boleh jawap, saya jawap. Jika tidak saya minta konsultan ZK jawapkan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube