Borak-borak Zaki Khan Siri 11 Jul22

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 11

Menurut kajian terdapat lebih 600,000 perokok sekunder yakni yang tidak merokok tetapi duduk disamping perokok mati setiap tahun di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 165,000 adalah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat tinjauan dari 192 negara pada tahun 2004 dan mendapati bahawa 40 peratus daripada kanak-kanak sentiasa terdedah kepada asap rokok berbanding 33 peratus lelaki dewasa dan 35 peratus wanita dewasa. Tembakau membunuh kira-kira 5.7 juta orang di seluruh dunia setiap tahun.5.1 juta daripada perokok dan 600,000 daripada perokok sekunder. Terdapat lebih 1.2 billion perokok di seluruh dunia.

Di Malaysia, saya sering melihat bapa yang merokok depan anak-anak mereka yang masih kecil. Apakah mereka ini tidak sayang anak? Buat anak pandai, jaga anak tak pandai. Saya marah betul bila bercerita pasal perokok, rokok, dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Beberapa hari ini saya bercuti sebentar dari menulis. Banyak kerja tersusun sebelum menyambut Ramadhan ini. Minggu depan, insyAllah saya akan masuk topik berkenaan kecederaan sukan. Atau mungkin anda ada idea, entri-entri yang mungkin saya tak sempat masukkan atau mungkin tak berapa difahami?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube