Borak-borak Zaki Khan Siri 13 Aug27

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 13

Setelah 24jam meletakkan entri 4 Kantoi Mr Malaysia 2011, saya menerima beberapa mesej dan panggilan. Ada yang bertanya siapakah 4 orang itu. Ada yang sokong saya mengeluarkan cerita tersebut. Ada yang bantah dan suruh saya keluarkan entri itu.

 

Arnold Schwarzenegger

NASC 2015

Daripada cerita-cerita yang saya dengar semalam, ada orang mengatakan kononnya pihak Persekutuan Bina Badan Malaysia menyuruh seseorang membaca blog Zaki Khan ini, takut-takut ada cerita ‘luar biasa’ yang tidak sepatutnya orang luar tahu dikeluarkan. Kononnya juga terdapat pihak Majlis Sukan Negara yang memerhati. Terdapat juga cerita seorang yang memburukkan dan mengaitkan saya dengan seseorang dan sebagainya.

 

Macam-macam cerita yang saya dengar daripada beberapa pihak. Saya taktau kebenarannya. Cuma saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog Zaki Khan ini. :). Saya tertarik pada pada 1 kata-kata daripada Greg Mickles;

 

Let’s be honest and set the record- all of the great bodybuilders who’ve inspired our generation to get in shape and build were all on drugs- Arnold, Zane, Columbo, Sergei, and even today’s pros. They all admit to it. Its just a fact. Some more than others and many today deny it, especially the ones who take the “shredders” because they can say since they’re not overly massive like the others, it doesn’t look like it. The problem with this is it creates this false perception to aspiring bodybuilders that the only way to get anywhere close to their level is to do the juice, and many do and have

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini