Borak-borak Zaki Khan Siri 15 Nov09

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 15

Setahun yang lepas, sebelum mula menulis blog Zaki Khan ini, saya memulakan 1 program yang saya panggil 7×7 ZK.

PeEazy the Raptor, antara yang menyertai 7x7 ZK

Kursus Kecergasan 2017Apa itu 7×7 ZK? Itu adalah nama yang saya berikan kepada sistem latihan yang saya reka. Dalam masa setahun, saya ambil beberapa budak baru sebagai subjek untuk dilatih dan kini mempunyai sekitar 100 subjek. Walaupun tak ramai, tetapi boleh dikatakan projek yang berjaya berikutan kadar kejayaan 100%.

Majoriti yang ikut 7×7 ZK ini adalah muka-muka baru, sama ada menyasarkan menguruskan badan untuk kelihatan seperti model, membesarkan badan untuk menjadi seperti ahli bina badan, lelaki dan perempuan.

7hb November yang lepas, baru selesai merakamkan video untuk 7×7 ZK, yang diberi nama ‘Project Monster’. Nak tahu apa dia? Nantikan…

Antara muka baru, selepas 2 minggu dalam program 7x7 ZK

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube