Borak-borak Zaki Khan Siri 15

Setahun yang lepas, sebelum mula menulis blog Zaki Khan ini, saya memulakan 1 program yang saya panggil 7×7 ZK.

PeEazy the Raptor, antara yang menyertai 7×7 ZK

Kursus Kecergasan 2024Apa itu 7×7 ZK? Itu adalah nama yang saya berikan kepada sistem latihan yang saya reka. Dalam masa setahun, saya ambil beberapa budak baru sebagai subjek untuk dilatih dan kini mempunyai sekitar 100 subjek. Walaupun tak ramai, tetapi boleh dikatakan projek yang berjaya berikutan kadar kejayaan 100%.

Majoriti yang ikut 7×7 ZK ini adalah muka-muka baru, sama ada menyasarkan menguruskan badan untuk kelihatan seperti model, membesarkan badan untuk menjadi seperti ahli bina badan, lelaki dan perempuan.

7hb November yang lepas, baru selesai merakamkan video untuk 7×7 ZK, yang diberi nama ‘Project Monster’. Nak tahu apa dia? Nantikan…

Antara muka baru, selepas 2 minggu dalam program 7×7 ZK

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

39 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 15

  1. mcm best jer,boleh jelaskan dengan lebih terperinci tak?

  2. Dato…nampak mcm bgus projek ni…tpi sye cdangkan dato wat jugak secara pjj untuk orang yg dok jauh dan berminat…knekan sdikit yuran…contohnye dgn detail body diorang dato watkan jadual pemakanan dan jadual latihan…kmudian diorang antar laporan secara berkala…lau dato wujudkan sye org pertama nak daftar…hu hu

    1. buat masa ni ada buat consultation online secara percuma
      ada juga idea untuk buat program secara online
      mungkin akan diusahakan apabila siap sepenuhnya apa yg dirancangkan dlm 7×7 ni
      selain kelas2 pengenalan,
      kita akan buat online monitoring. insyAllah

  3. Laaa x bg tau… nak gak jd subjek utk dilatih….

  4. salam dato’..

    sy pun nak lah…sy nk body cam model…boleh tak dato train sy…ehehehh :))

    1. wasalam

      sabar2, tgh mengatur kelas2 pengenalan, lokasi utk peringkat awal ni di kl. akan diberitahu update nanti. nantikan…

  5. ala kl..jauh la dato….sye ingat nak pjj je lah ye dato…hu hu… macamane nak mula ni dato….sye rela jadi subjek pjj yg pertama ni hu hu

    1. haha. sabar2, dlm proses. ada beberapa benda lg x settle. dvd pun x siap edit lg ni

  6. haish….dok di perlis ni…jauh la plak…kalau x…dah ambk personal trainer dah di fire gym tuh…aiya…kalau nk ambil personal trainer dsini?hahah…trainer 1 suruh ambil anabol…trainer 2 suruh ambl t.e….trainer 3 suruh ambl sustnl…aiyooo…smua main dadah ni…last2..train diri sndiri..natural ja…huhu…

    1. dekat dgn sempadan. paling senang dptkan bekalan dari thai. susah gak nak control steroid ni. x mcm dadah. kecuali ada 1 akta cam dadah

  7. aku menantinye ye datoo…ku doakan semuanye bjalan lancar…. la la la

  8. hello dato…saya asl swk..nak juga membawa nama dato ke swk ni…kalau menjadi nak juga jd org ptama swk berlajar scara jauh…nati blh d rekomen..huhuuh….slamat maju jaya…..

  9. woah bagus nie kl kat mana tu.. beginner lg nie..

  10. sedang menanti,jangan lama2 ya dato.

  11. anip- sama says:

    kalau lah dato ada gym di melaka., huhuhu

  12. Hi, i am 26 yrs old female. Kinda overweight, would like to know the promotions at your gym to lose weight and of course will need guidance to reach my goal.. Can you brief me a little bit on this?

  13. Dato…sy cam berminat nak jadi subjek untuk bnda ni..ada lagi x..heheh

  14. haha suma nak join saya pun nk gak! … dato cna nk wat konsultation percuma tu? langkah2 ?

  15. saya pun nak join jgak dato’ dalam projek nie….

  16. Ala dato, kat kuantan tak buatke projek nie..

  17. wuuuuuuuuu….ruginya…sy di taiping takde pon…teringin jugak..nak nak..

  18. ada alagi ker program tu mcm nak join aja

  19. salam..ader da ker video nyee dato???t’ingin lak sye nk join..huh

  20. Salam datuk.. saya azrul, wartawan berita harian.. teringin nak jadi protege datuk dan maybe saya boleh buat artikel mengenai program bina badan dengan menjadikan datuk sebagai sumbernya.. 019-6623360

  21. Awang Hafiz says:

    ZK, kalau saya nak join program 7×7 tu, komitmen dia camana? kena datang hari2 atau hujung minggu sahaja. boleh bg detail dia x? Emel pn boleh.

    1. program ni sy buat trial tahun lepas dan telah diubahsuai ke sesuatu yg lebih baik. mungkin dlm 2013 insyAllah.

Leave a Reply to santhi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: