Borak-borak Zaki Khan Siri 20

Pertama sekali, saya nak minta maaf kerana agak kurang menulis sejak akhir-akhir ini. Ramai yang bertanya dan tertunggu-tunggu entri yang baru. Agak sukar untuk saya fokus mencari isu-isu menarik untuk diketengahkan. Ada beberapa seminar yang saya ajar dan kemudian memasang peralatan gym di beberapa tempat.

Seminar apa yang saya ajar?

Kursus Kecergasan 2024

Berminat membuat seminar di tempat anda?

Antara tempat saya supply barang gym…

Gym Kem Kemensah

Diane Sera sedang memasang peralatan gym di Kem Kemensah
Diane Sera sedang memasang peralatan gym di Kem Kemensah. Menarikkan perempuan pasang equipment? 🙂

Gym Komando Kem Sg Udang

Gym Komando, Kem Sg Udang
Gym Komando, Kem Sg Udang

Berminat untuk membuka gym? Hubungi saya di email jaytiraa@yahoo.com.

Isnin ini, saya akan jadi salah seorang panel speaker untuk forum bertajuk “Sport Rehabilitation” di UTM Skudai. Sesiapa berdekatan boleh ke sana.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 20

  1. salam datok, maaf lah saya nak tanya ya. saya ni high metabolisme so memang tak ada cara ye nak drop kan metabolisme ni or nak rileks kan sket sistem saraf saya yang aktif melampauuuu3 sgt ni.. tension betul la kurus macam lidi..

    1. kena tingkatkan kalori ke 30% drpd keperluan. akan ambil masa utk terima. tp ia akan kembang selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: